Friday 30 December 2011

Kita harapan ummah!!


Marcapada ini, para remaja dan pemuda Islam semakin kehilangan identiti dan jati dirinya. Pelbagai kes dan masalah termasuklah kes jenayah yang berpunca daripada para remaja. Ini semua adalah penangan daripada agenda-agenda dan taktik-taktik orang kafir yang cuba menjatuhkan Islam.
"Jika ingin melihat nasib negara itu pada masa akan datang,maka lihatlah pemuda zaman sekarang"
Itulah kata-kata Saidina Umar Al-Khattab yang menunjukkan bahawa pemuda amat penting dalam sesebuah negara. 

Mengapa semua ni boleh berlaku?

Dalam dunia yang tiada sempadan ini, amat mudah untuk orang-orang kafir untuk merosakkan pemikiran umat Islam. Contohnya Yahudi la’natullah berusaha merosakkan pemikiran remaja islam melalui 5S iaitu ‘smoke,sport,sex,screen,song’. Melalui medium-medium inilah mereka menyabarkan perkara-perkara tidak elok yang menjerumus kita kearah maksiat.Selain itu, para remaja Islam masakini semakin kehilangan jatidiri. Mereka mudah terpengaruh dengan anasir-anasir buruk contohnya filem-filem lucah, lagu yang melalaikan dan sebagainya. Mereka mudah tertipu dengan kesenangan dan hiburan di dunia. Mereka juga mudah terpedaya dengan bisikan dan tipu daya syaitan yang sentiasa menghasut mereka kearah keburukan sesuai dengan firman Allah:

Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh bagimu, maka jadikanlah ia musuh(mu), kerana sesungguhnya syaitan-syaitan itu mengajak golongannya supaya mereka menjadi penghuni neraka yang menyala-nyala.” (Fathir: 6).

Adakah kita lupa?

Saudara-saudara sekalian,adakah kita lupa bahawa kita mempunyai misi dan tugas yang perlu dilaksanakan di dunia ini?Adakah kita lupa tujuan Allah menciptakan kita?
“Dan tidaklah Aku ciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku.” (Adz Dzariyat: 56)

Allah menciptakan kita untuk menjadi khalifah di muka bumi ini. Jadi kita tidak boleh hanya berseronok dan meninggalkan tugas kita sebagai khalifah.Kita harus sedar bahawa banyak lagi tugas dan tanggungjawab yang perlu kita pikul dan selesaikan hinggalah kita menutup mata untuk selamanya.


Jadi apa yang perlu kita lakukan?

Demi menempuh dugaan dan arus kehidupan yang semakin mengganas ini, kita sebagai remaja Islam perlulah mempunyai jatidiri yang teguh. Selain itu, kita mestilah memilih rakan dengan baik kerana rakanlah yang paling banyak mempengaruhi kehidupan seseorang melebihi ibubapa sendiri.Selain itu,kita mestilah memperbanyakkan ibadat kepada Allah dan menjaga solat kerana solat yang sempurna akan mencegah kita daripada melakukan maksiat dan kemungkaran.

"Sesungguhnya Allah sangat kagum pada pemuda yang tiada bagida Allah.nya masa muda(untuk bergembira dan bersula-suka kerana masa mudanya dipenuhi dengan beribadat kepada Allah"
(HR Imam Abu Ahmad dan Ya'la)


Jom kita buat perubahan

Wahai remaja islam yang dirahmati Allah, kita adalah bakal pemimpin ummah pada masa akan datang. Ummah mengharapkan kita semua. Marilah kita semua membuat perubahan kearah yang lebih baik. Marilah kita sama-sama memperbaiki diri dan seterusnya berhijrah kepada kebaikan.
“ Akan senantiasa ada dalam umatku, golongan yang senantiasa menegakkan kebenaran, musuh-musuh mereka tidak mampu membahayakan mereka saat Allah menentukan urusannya “ 
(HR Bukhori dan Muslim)

Jadi, pilihan terletak di tangan kita. Adakah kita ingin menjadi pemuda yang akan menegakkan Islam atau pemuda yang akan menjatuhkan Islam. Buatlah pilihan yang baik dan tepat. Jangan lupa wahai remaja sekalian,kita adalah harapan ummah!!

BANGKITLAH PEMUDA ISLAM
KALIANLAH PEMANGKIN UMMAH
PENGGERAK GENERASI ISLAM
MEMBINA UMMAH CEMERLANG


  

Sunday 25 December 2011

Nasihat Untuk Para Remaja

Assalamualaikum saudara-saudaraku sekalian..

Baru-baru ini, penulis terbaca berita tentang gadis yang berumur 17 tahun menjadi GRO di kelab malam. Gadis itu bekerja sambilan di sana sementara menunggu keputusan SPM keluar. Masyaallah!! Betapa teruknya para remaja kita zaman sekarang. Cuba la kalian bayangkan, banyak lagi kerja halal yang boleh dibuat, macam mana la dia boleh sanggup buat kerja terkutuk itu hanya demi wang ringgit?

Pada zaman era globalisasi ini, para remaja semakin teruk dan membimbangkan. Ramai daripada mereka tertipu dan terpedaya dengan dunia yang menggoda. Lupakah mereka kepada firman Allah S.W.T dalam Surah Ali 'Imran ayat 185:

وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلَّا مَتَاعُ الْغُرُورِ

“Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu.”.

Sedarlah wahai para remaja yang dirahmati Allah sekalian, kita dilahirkan dengan misi yang besar untuk menegakkan Islam di muka bumi ini. Kita menggalas tangungjawab sebagai khalifah di atas bumi ini. Tujuan kita dilahirkan bukanlah hanya untuk bersuka-suka atau mensia-siakan hidup ini. Firman Allah S.W.T:

وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ

“Dan tidaklah Aku ciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku.” 
(Adz Dzariyat: 56)


Ingatlah para remaja,syaitan itu tidak akan pernah berhenti menghasut dan mengajak kita ke arah kejahatan sehinggalah Hari Kiamat. Apa yang menyebabkan Nabi Adam dan Hawa dibuang dari syurga? Semuanya adalah disebabkan oleh iblis dan syaitan yang dilaknat. Sedangkan manusia pertama di dunia ini tertipu dengan mereka, inikan pula kita insan yang lemah.

إِنَّ الشَّيْطَانَ لَكُمْ عَدُوٌّ فَاتَّخِذُوهُ عَدُوًّا إِنَّمَا يَدْعُو حِزْبَهُ لِيَكُونُوا مِنْ أَصْحَابِ السَّعِيرِ

“Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh bagimu, maka jadikanlah ia musuh(mu), kerana sesungguhnya syaitan-syaitan itu mengajak golongannya supaya mereka menjadi penghuni neraka yang menyala-nyala.” (Fathir: 6)


Kesimpulannya wahai para remaja sekalian, teguhkan hati dan kuatkan iman di dalam diri kalian. Tuntutlah ilmu yang berfaedah sebanyak mungkin demi kesejahteraan kita di dunia dan akhirat. Sentiasalah berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran. 

Sampai di sini sahaja lah coretan saya..Semoga kita berjumpa lagi pada post yang selanjutnya..^__^






Saturday 17 December 2011

Ke Mana Hilangnya Keberanian Kita?


Saban hari ku melihat saudaraku ku terbunuh
Negara teman seakidahku diceroboh
Para wanita diperkosa
Anak kecil diseksa
Kekejaman berleluasa
Pemimpin terdiam seribu bahasa


Saudara sekalian, apakah perasaan anda melihat saudara-saudara kita di bumi Palestin ini terbiar begitu sahaja? Dibiar sahaja menderita tanpa mendapat pembelaan yang sewajarnya. Saudara sekalian, cuba kalian bayangkan terdapat lebih-kurang lima puluh lima negara Islam di bumi ini. Bayangkanlah, betapa hebatnya empayar Islam yang akan terbina jika semua negara ini bersatu. Namun, perkara itu hanyalah mimpi semata-mata jika pemimpin-pemimpin Islam masih tidak mengubah sikap buruk masing-masing. Mereka semua sudah hilang keberanian. Korupsi di mana-mana. Pecah amanah, rasuah dan khianat seolah-olah hanya mainan semata-mata bagi mereka.

Liga Arab dan negara-negara Islam hanya berani melaungkan kemarahan terhadap Yahudi yang menjajah bumi Palestin, tetapi apa yang telah mereka lakukan? Ke mana perginya semua keberanian umat Islam yang dahulunya amat digeruni oleh musuh-musuh Allah. Ke mana perginya semangat keperwiraan Khalid Al-Walid, Muhammad Al-Fatih dan Salehuddin Al-Ayubi? Ramai umat Islam hari ini hanyalah umat yang pengecut dan takut untuk menegakkan Islam di muka bumi ini. Umat Islam yang amat terkenal dengan keberaniannya dahulu seolah-olah sudah menjadi dongengan semata-mata.

Rasulullah S.A.W bersabda :
"Orang-orang kafir itu sudah hampir kepada kamu untuk mencetus bibit permusuhan sesama kamu dan mereka mengerumuni kamu kerana ingin merampas harta dan tanah air milik kamu umpama mereka mengerumuni makanan dengan lahapnya. Sahabat bertanya: Adakah ketika itu bilangan kita sedikit? Nabi menjawab: Tidak, bahkan kamu sangat ramai, tetapi kamu ibarat buih-buih di lautan. Allah menghilangkan rasa gerun musuh terhadap kamu dan mencampakkan rasa 'wahan' dalam diri kamu. Sahabat bertanya lagi: Apakah itu 'wahan'? Nabi menjawab: Cintakan dunia dan takutkan mati."

Kesimpulannya wahai  saudara-saudara yang ku hormati sekalian, kekuatan umat Islam terletak pada kesatuan dan perpaduan. Perpaduan dapat menghasilkan umat-umat Islam yang berani dan digeruni musuh. Namun, adakah cita-cita ini akan tercapai suatu hari nanti?
Fikirlah....Ke mana hilangnya keberanian kita?




Sunday 11 December 2011

Kerana Cinta??


Manusia itu,
 Lahir ke dunia kerana cinta,
Hidup di dunia berteraskan cinta,
Cinta pemberian Yang Maha Esa
Namun, mengapa ada yang mengagungkan cinta duniawi,
Berbanding cinta kepada-Nya?

Manusia itu, 
Mencintai insan di sekelilingnya,
Tapi melupakan cinta Sang Pencipta Cinta,
Tidakkah dia sedar,
Bahawa setiap insan akan pergi meninggalkannya?

Manusia itu,
Mencintai harta yang dimilikinya,
Tapi tidak digunakan sebaiknya,
Tidakkah dia sedar,
Bahawa harta itu akan habis akhirnya?

Manusia itu,
Mencintai kuasa dan pangkatnya,
Tapi tidak mengendahkan Yang Maha Kuasa,
Tidakkah dia sedar,
Dunia ini tidak kekal abadi?

Sedarlah wahai insan,
Pemburu keduniaan tidak akan puas,
Memburu dunia dan segala isinya,
Tiada yang kekal di dunia ini,
hanya Yang Khaliq kekal abadi,
Rebutlah cintanya, Cinta yang hakiki,
Nescaya, kita tidak akan rugi...


Wednesday 7 December 2011

Syabab Islam Pemangkin Ummah


Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh..
Marcapada ini, para remaja dan pemuda Islam semakin kehilangan identiti dan jati dirinya. Pelbagai kes dan masalah termasuklah kes jenayah yang berpunca daripada para remaja. Ini semua adalah penangan daripada agenda-agenda dan taktik-taktik orang kafir yang cuba menjatuhkan Islam. Saya pernah terbaca dalam sebuah buku bahawa Yahudi Laknatullah berusaha merosakkan pemikiran umat Islam terutamanya pemuda melalui 5S iaitu sport,smoke,sex,song and screen.

"Jika ingin melihat nasib negara itu pada masa akan datang,maka lihatlah pemuda zaman sekarang". 
Nah,itu kan membuktikan bahawa pemuda atau dalam bahasa Arab "syabab" adalah pemangkin sesebuah negara. Namun adakah pemuda Islam di negara kita ini mempunyai ciri-ciri untuk menjadi pemimpin yang baik? 
"Berikan aku 10 belia,nescaya akan aku gegarkan dunia". 
Itulah kata-kata seorang Presiden Indonesia yang mengiktiraf kehebatan pemuda.

Sejarah Islam telah membuktikan bahawa pemuda atau syabab amat penting untuk menjadi seorang pembela dan pemangkin Agama Islam. Buktinya Saidina Ali telah menyumbangkan jasa yang amat besar ketika Islam mula berkembang pada zaman Rasulullah walhal ketika itu beliau masih muda belia. Usamah bin Zaid, beliau telah menyertai Perang Khandak ketika baru berusia 15 tahun. Beliau juga adalah Panglima Tentera Islam yang termuda iaitu ketika peperangan menentang Rom dan ketika itu umur beliau belum mencecah 20 tahun. Ikhwanul Muslimin telah ditubuhkan oleh Hassan Al-Banna dan beliau menjadi presidennya yang pertama ketika berusia 23 tahun. Sultan Muhammad Al-Fatih telah merealisasikan hadis Rasulullah dengan berjaya menakluk Kota Konstantinopel ketika umur sekitar 20-an. Adakah kalian tahu siapakah hero Perang Badar, merekalah Muadz b. Afra' dan Muadz b. Amru yang berjaya membunuh Abu Jahal padahal ketika itu umur mereka baru sahaja belasan tahun.

Nah, inilah contoh-contoh pemuda Islam yang berani mempertahankan agama mereka. Allah juga mengiktiraf golongan pemuda ini dalam Al-Quran comtohnya kisah Ashabul Kahfi. Sabda Rasulullah 
"Sesungguhnya Allah sangat kagum pada pemuda yang tiada bagida Allah.nya masa muda(untuk bergembira dan bersula-suka kerana masa mudanya dipenuhi dengan beribadat kepada Allah"
(HR Imam Abu Ahmad dan Ya'la)

Kesimpulannya pemuda-pemudi Islam yang dirahmati Allah, kita haruslah memperbaiki diri kita demi kemaslahatan ummah bersama

“ Akan senantiasa ada dalam umatku, golongan yang senantiasa menegakkan kebenaran, musuh-musuh mereka tidak mampu membahayakan mereka saat Allah menentukan urusannya “ 
(HR Bukhori dan Muslim)

Pilihan di tangan kita. Adakah kita mahu menjadi pemuda yang akan menegakkan Islam atau pemuda yang memburukkan Islam.Buatlah pilihan yang baik dan tepat.

BANGKITLAH SYABAB ISLAM
KALIANLAH PEMANGKIN UMMAH
PENGGERAK GENERASI ISLAM
MEMBINA UMMAH CEMERLANG


Monday 5 December 2011

Jaga tutur bicara



Sabda Rasulullah saw bermaksud: “Sesungguhnya seseorang itu akan bercakap-cakap dengan kata-kata yang diredai Allah, dan dia tidak menyangka bahawa kata-katanya itu akan menyampaikannya ke suatu tingkat tertentu, maka dicatatkan oleh Allah kata-kata itu mendapat keredaan-Nya hingga ke hari kiamat.


Percakapan adalah sesuatu yang amat penting dalam kehidupan kita. Namun, adakah kita sebagai orang Islam betul-betul menjaga setiap butir-butir percakapan yang keluar dari mulut sendiri. Sebaik-baik perkataan adalah perkataan yang ringkas tetapi padat. 


"Dan katakanlah kepada hamba-hambaKu: Hendaklah mereka mengucapkan perkataan yang lebih baik. Sesungguhnya syaitan itu menimbulkan perselisihan di antara mereka. Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi manusia." [QS Al-Isra':53]


Ada yang mengatakan bahawa lidah itu lebih tajam daripada pedang. Kata-kata yang tidak elok boleh menjerumuskan kita dalam pergaduhan dan perbalahan. Jika kita tidak menjaga tutur kata, tidak mustahil kita akan menghadapi masalah yang besar. 'Kerana pulut santan binasa,kerana mulut badan binasa".


Amat penting bagi kita semua untuk menjaga manis tutur bicara kata. Setiap percakapan kita akan melambangkan kepribadian kita. Kebiasaannya, orang yang suka berkata perkataan yang merapu atau merepek akan kelihatan seperti orang yang kurang bijak. Lagi banyak perkataan merepek yang kita sebut, lagi terserlahlah ketidakkebijaksanaan kita sendiri. 


Khulasohnya, jagalah setiap tutur bicara kita. Janganlah mencaki-maki sesama insan. Janganlah berkata perkataan yang sia-sia. Pepatah Arab ada menyebut, "Jika berkata-kata itu perak, maka diam itu adalah emas".


Banyak cakap banyak salahnya
Banyak salah banyak dosanya
Banyak dosanya, nak masuk neraka??

Friday 25 November 2011

Pesanan Buat Sahabat



Sahabat,

Jika mengaku sahabat mengapa rakanmu dicela

Jika mengaku sahabat,
Mengapa hati rakanmu disakiti,
Sedarlah,setiap insan punyai hati dan perasaan,
Janganlah kita melukakannya sesuka hati.
Sahabat,
Tidakkah kau sayangi rakanmu,
Tetapi mengapa kau membiarkan sahaja mereka, 
Lalai dan alpa terhadap Sang Pencipta,
Jika benar kau sayangi mereka,
Tidak mahukah kau hidup bahagia bersama.
Di Akhirat sana.

Ya ALLAH, 
Berikanlah aku sahabat,
Yang mengingatkanku tatkala aku alpa kepadamu,
Yang menyedarkanku tatkala aku lalai kepadamu,
Dan sahabat yang akan menunjukkanku jalan,
Untuk menggapai keredhaan-mu.

Perkenankanlah Ya ALLAH

Monday 7 November 2011

Siapa dan Apakah 'MELAYU'??

Assalamualaikum semua!!

Anda semua tahu apa itu 'MELAYU'?
Perkataan 'melayu' telah melalui satu evolusi yang panjang iaitu sejak zaman kesultanan melayu melaka lagi. Melalui karya-karya melayu tradisional seperti Sejarah Melayu, Hikayat Merong Mahawangsa, Tuhfat Al-Nafis dan banyak lagi, perkataan 'melayu' ditakrifkan dengan pelbagai takrifan.'Melayu' sebagai satu kumpulan etnik pula muncul dalam tulisan Melayu tradisional selepas kurun ke-19

Melayu tradisional mempunyai sifat-sifat tersendiri. Mereka adalah satu kaum yang mesra dengan alam semula jadi. Mereka duduk di sepanjang Selat Melaka dan persisiran pantai serta mendirikan pelabuhan-pelabuhan kecil yang kemudiannya menjadi besar. Orang Melayu dikenali sebagai bangsa dagang.
Dalam catatan sejarah China, Orang Melayu dikenali sebagai bangsa yang sopan, bijak dalam ilmu falak dan mempunyai peradaban yang tinggi. Kesemua ini membawa kepada penyempurnaan pembentukan identiti 'MELAYU'.

Faktor migrasi dan penjajahan pula telah mentakrifkan 'melayu' dengan lebih khusus dan aspek-aspek tertentu seperti asal-usul, budaya dan agama dihimpunkan sebagai komponen di dalam identiti 'melayu'. Ini kemudiannya menjadi asas kepada Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu dan mentakrifkan 'orang melayu' sebagai seseorang yang beragama Islam, mengamalka adat resam melayu dan bertutur dalam bahasa melayu.

Dengan takrif yang terkini itu, kita melihat bahawa 'MELAYU' telah digunakan sebagai rujukan kepada satu kumpilan etnik yang mengamalkan adat-adat tertentu, bertutur dengan bahasa melayu dan menganut agama Islam. Pentakrifan ini dilihat sebagai memberi penegasan kepada komponen penting yang membentuk identiti melayu.

Kesimpulannya, 'melayu' mempunyai sejarah tersendiri yang unik dan bangsa melayu adalah bangsa yang mempunyai jati diri yang kuat. Jadi, mengapa kita perlu berbangga dengan budaya tidak elok dari negara lain sedangkan bangsa melayu adalah bangsa yang mempunyai peradaban yang tinggi?  


*dipetik dalam Konvensyen Memperingati 500 Tahun Kejatuhan Empayar Melayu Islam Melaka

Saturday 29 October 2011

Betapa Istimewanya Kita!!

Assalamualaikum semua!!
Di sini saya ingin berkongsi sedikit kelebihan kita sebagai umat Nabi Muhammad.

Diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud: 
"Setelah Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata: "Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?." Lalu Allah berfirman yang bermaksud.. "Tidak"

Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.

Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud.
"Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya 'Muhammad.' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa
serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu."

Kemudian Jibrail as berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"

Lalu Allah berfirman yang bermaksud. 
"Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal..." Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa. Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat Jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia
berkata dalam sujud: "Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya?"

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. 
"Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan....."

Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan...
Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

* Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
* Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.

Jadi para sahabat sekalian, masih mahukah kamu semua mensia-siakan semua kelebihan ini? Masihkah kita terleka? Masih lamakah kita akan hidup? 
WALLAHU'ALAM




Saturday 8 October 2011

PUISI: Jangan Biarkan Rahmat Allah Menjauhimu

Sebenar-benar perkataan
adalah perkataan Tuhanku!
Sebenar-benar perbicaraan
adalah perbicaraan Tuhanku
Sebaik-baik kalam
adalah kalam Tuhanku
Tuhanku Yang Maha Satu
Yang menghidup dan mematikanku

Berpeganglah kita dengan kitab Allah
Rujukilah sunnah Rasulullah
Ingatlah semua insan akan mati
Tidak kira baik atau buruk perlakuannya
Sentiasalah kita mengingati kematian
Sekiranya kamu mampu,
memisahkan hati kamu dari kematian,
walau sekelip mata pun
Maka lakukanlah
Jika kamu rasa dirimu terlalu berkuasa

Berikanlah peringatan kepada masyarakatmu,
apabila kamu kembali kepada mereka
Bekerjalah dengan sepenuh tenagamu
Berwaspadalah,
jangan sampai kamu berpisah
dari jemaah kaum Muslimin,
Nescaya agamu akan turut terpisah
Sedangkan kamu tidak menyedarinya
Makanya,
kamu akan sentiasa jauh dari rahmat ALLAH


written by nightmare

Friday 30 September 2011

INSTITUT TAHFIZ AL-QURAN NEGERI SEMBILAN



selamat datang ke ITQAN


Institut Tahfiz Al-Quran Negeri Sembilan atau singkatannya ITQAN adalah satu-satunya institusi tahfiz yang ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri Sembilan. Pada tahun 1991, ianya hanyalah kelas Tahfiz Al-Quran yang menumpang di Maahad Ahmadi. Penubuhan Kelas Tahfiz mula disuarakan pada pertengahan tahun 1980-an. Mula dibuka pada sesi 1990/1991 dengan pengambilan pelajarnya seramai 17 orang. Sehingga sesi 1994/1995, bilangan pelajarnya seramai 62 orang. Pada tahun 2003, kompleks tahfiz telah siap dibina di Gemenceh dengan kos RM26juta. Semua pelajar tahfiz pindah dan belajar di kompleks tersebut hingga sekarang. Bilangan pelajar telah mencecah 200 lebih.

Institut Tahfiz Al-Quran ini telah melahirkan insan-insan yang berwibawa dan bermanfaat kepada masyarakat. Berikut adalah beberapa produk ITQAN yang melakarkan kecermelangan dalam hidup mereka :
  •  Imam di Masjid Sultan Zainal Abidin :  Ustaz Muhd Redza Ahmad
  • Imam di Masjid Negara : Ustaz Amru Alhaz
  • Imam Masjid Wilayah Persekutuan : Ustaz Ashraf Ibrahim
  • Imam Muda Aran : Imam Muda musim pertama
  • Imam Muda Fatah :Imam Muda musim kedua

Di antara objektif penubuhan INSTITUT TAHFIZ AL-QURAN NEGERI SEMBILAN ini ialah:

  1. Memenuhi fadhu kifayah.
  2. Melahirkan seberapa banyak Al-Hafiz yang berkemahiran.
  3. Menyediakan Al-Hafiz yang bukan sahaja mampu menghafaz 30 juzuk tetapi juga ilmu-ilmu agama dan profesional lain sesuai dengan tuntutan semasa.
  4. Menampung kekurangan para Hafiz bagi mewakili negeri/negara ke Musabaqah Hafaz peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
  5. Menyahut gagasan ke arah membentuk generasi Al-Quran

Panorama di sekitar ITQAN


bangunan pentadbiran ITQAN

Musolla At-Taqwa ITQAN


dewan Asy-Syatibi ITQAN


asrama pelajar ITQAN





Saturday 3 September 2011

Lagu Balik Sekolah


Perjalanan jauh bosannya rasa
Kerna hati ku melompat sama
Ingin berjumpa sahabat-handai
Yang selalu main-main di depan mata

Nun menghijau padang sekolah dan tasik
Langit nan tinggi bertambah gelapnya
Deru angin turut sama memekak
Semuanya tanda hujan nak turun

Balik sekolah oh oh...( 3X )
Selagi la girang
Ho ho... Balik sekolah (3X)
Langsung tak girang

Terbayang -bayang tv di rumah
Tidak dilupakan jua komputer
Apakan daya aku insan biasa
Terpaksa berkorban untuk berjaya

( ulang dari mula )


Friday 2 September 2011

Apa yang penting?? Kerjasama

Assalamualaikum semua!! Apa khabar iman anda hari ini? Amacam hari raya..Seronok tak? Berapa banyak duit raya yang korang dapat tahun ni. Yang dah besar tu takkan dapat duit raya gak. Malu la..

Sedar tak sedar. Sekarang dah masuk 5 Syawal. Dah 5 hari kita tinggalkan Ramadhan.Siang tadi aku sempat la menghadiri satu kenduri tahlil kat kampung ayah aku. Nama kampung tu Kampung Titian Akar. Ha..di sini, aku bukan nak cerita pasal kampung aku. Tapi aku nak cerita apa yang aku alami time kenduri tahlil tu and betapa diorang menunjukkan sikap persaudaraan yang kuat.

Yang menariknya, kenduri tahlil ini bukan untuk penduduk Kampung Titian Akar je. Tapi turut dihadiri oleh jirannya iaitu Kampung Sawah Raja. Mereka berganding bahu untuk mengadakan kenduri itu. Kenduri tu dibuat dekat surau yang terletak di antara kedua-dua kampung tersebut.

Selalunya kalau kenduri orang masak, tapi kali ni setiap orang bawak makanan sendiri dari rumah. Time orang lelaki solat Jumaat, yang perempuannya menyiapkan juadah. Biasa la tu kan. Tak kan lelaki pulak nak siapkan makanan. Jadi, semua orang dapat la merasa makanan yang dibawa oleh orang lain.

Dah nama pun solat Jumaat. Tak kan la buat kat surau kot. Solat Jumaat buat kat masjid kampung masing-masing la. Nak dijadikan cerita, Masjid Titian Akar abis awal Masjid Sawah Raja lak lambat. Kerana penat menunggu, beberapa penduduk T.Akar mencadangkan agar majlis dimulakan dahulu tapi ditegah oleh pemimpim mereka. Katanya "tunggulah kejap, nanti apa pulak cakap diorang"     Lalu semua orang patuh dengan cakapnya. Betapa mereka cuba untuk menjaga sensitiviti masing2 walaupun berbeza kampung. Lepas habis kenduri, semua sama-sama kemas tak kira laki pompuan.

Korang rasa la..Berapa ramai lagi orang yang masih mempunyai sifat2 camni lagi? Sifat bekerjasama tidak kira apa pun. Sekarang ni semua kenduri nak pakai katering. Tak ramai lagi yang mengamalkan budaya merewang yang dapat memupuk semangat kerjasama dalam kalangan masyarakat.


ADAT BESENDI SYARAK, SYARAK BERLANDASKAN WAHYU


Jadi, renung-renungkan dan selamat beramal.


Monday 29 August 2011

Selamat Hari Raya Aidlilfitri semua!!


Berlalulah sudah ramadan sebulan berpuasa
Tiba syawal kita rayakan dengan rasa gembira
Anak muda di rantauan semuanya pulang ke desa
Ibu dan ayah keriangan bersyukur tak terkira


Bertukar senyuman dan salam ziarah-menziarahi
Tutur dan kata yang sopan saling memaafi
Suasana hari raya walau di mana pun jua
Memberikan ketenangan dan mententeramkan jiwa


Kuih dan muih beranika macam
Makanlah jangan hanya di pandang

Ketupat rendang sila nikmati kawan
Penat memasak malam ke pagi


Wajik dan dodol jangan lupakan
Peninggalan nenek zaman berzaman

Asyik bersembang pakcik dan makcik
Hai duit raya lupa nak di beri


Berlalulah sudah ramadan sebulan berpuasa
Tiba syawal kita rayakan dengan rasa gembira
Anak muda di rantauan semuanya pulang ke desa
Ibu dan ayah keriangan bersyukur tak terkira

Sunday 28 August 2011

Susah sangat ke nak bersyukur??


"Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja, Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar, Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan
Selangkah demi selangkah...Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua"


Best gak lagu harapan ramadhan dari kumpulan raihan ni. Mendalam betul maksudnya. Dah dekat hari raya ni, asyik dengar lagu raya je. Semua radio, kedai dan pasaraya bukak lagu raya. Meriah betul. Tapi adakah institut Ramadhan ini berjaya menjadikan kita insan yang bertaqwa. Allah S.W.T berfirman di dalam surah Al-Baqarah ayat 183:


"Hai orang-orang yang beriman diwajibkan atasmu berpuasa,
sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu,
supaya kamu menjadi orang yang bertaqwa"

Alhamdulillah. Kita sebagai rakyat Malaysia patutnya bersyukur sebab dapat menyambut Hari Raya Aidilfitri dalam suasana yang meriah dan aman. Buat pengetahuan anda semua, Malaysia berada di tangga ke-22 dalam indeks keamanan dunia dan yang kedua aman selepas Jepun di benua Asia. Fuiyo!!Hebat lah tu. Dari beratus negara di dunia, kita ranking ke 22. Negara paling aman adalah New Zealand.

Cuba kita di Somalia, berapa ramai yang mati disebabkan kebuluran. Dalam satu majlis berbuka puasa, Datuk Syaziman pernah cakap yang sesusah-susah rakyat Malaysia, tak la sesusah seperti negara luar.(takde kaitan dengan politik ye..) Bab tu aku memang setuju dengan dia. Cuba kita lihat negara-negara saudara kita yang lain pula. Di Palestin, berapa ramai yang terbunuh, diseksa dan bermacam lagi kekejaman berlaku. Kat Libya, perang tak habis lagi antara pemberontak vs kerajaan.
Tak payah tengok jauh la. Di Selatan Thailand pulak. Tak habis lagi dengan serangan puak pemisahnya.

Korang semua rasa diorang dapat ke beraya macam kita di Malaysia ni. Kalau kita berpuasa 30 hari. Orang kat Somalia tu agaknye hari-hari puasa. Jadi, banyakkan la bersyukur kepada Allah S.W.T dengan memperbanyakkan ibadat kepadanya. Kebanyakan dari kita beribadat kepada Allah hanya untuk memohon pelepasan dari api neraka dan memohon syurga. Jarang sekali yang beribadah kepada-NYA sebagai tanda kesyukuran ataupun tanda cinta kepada-NYA.

So..Tepuk dada tanyalah iman anda!!




p/s:Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua pembaca
Maaf Zahir dan Batin


Friday 26 August 2011

Jom berusaha mendapatkan ijazah taqwa..^_^

ASSALAMUALAIKUMWARAHMATULLAHIWABARAKATUH  SEMUA!!^_^

Alhamdulillah. Pejam, celik, pejam celik balik. Dah 26 Ramadhan. Sedar tak sedar, dah 25 hari kita berpuasa. Dah 25 hari kita berada di dalam Institut Ramadhan nih. Rasulullah S.A.W pernah bersabda


"sesiapa yang mendirikan (Ramadhan) dengan penuh keimanan
dan bersungguh-sungguh, diampunkan baginya apa dosanya
yang telah lalu"

Mutafaqun 'alaih

Walaupun begitu, masih ramai umat Islam yang mempersiakan bulan Ramadhan yang mulia ini dengan perkara-perkara yang tak berfaedah. Contohnya, ramai umat Islam yang mensia-siakan peluang untuk menunaikan solat tarawih yang hanya ada di bulan yang mulia ini. Alasannya penat sahaja. Rugi betol.
Selain itu, sabda Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan oleh Ibnu Khuzaimah


"Rugilah seseorang yang memasuki Bulan Ramadhan
namun bulan ini berlalu sementara(dosa-dosanya)
masih belum diampuni"

Universiti Ramadhan ni pun akan melabuhkan tirainya tidak lama lagi. Kita seharusnya berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan sijil taqwa pada hari konvokesyennye nanti yang akan menjelang tidak lama lagi. Rugi la kita jika kita hanya mendapat lapar dan dahaga sahaja sepanjang bulan ini dan tidak mendapat apa-apa langsung.

"Adakalanya orang berpuasa itu tidak mendapat pahala, tetapi hanya
mendapat lapar dan dahaga sahaja" (HR Bukhari dan Muslim)

Adakah kita hanya berpuasa untuk mendapat lapar dan dahaga sahaja? Tidakkan?? Penat-penat puasa dapat lapar dan dahaga je. Ish3. Sedihnya. Jadi, sama-sama la kita memperhebatkan lagi ibadah kita di dalam bulan Ramadhan yang mulia ini..

Cuba kita renungkan. Adakah puasa kita selama ini dapat melayakkan kita menerima ijazah taqwa di akhir Ramadhan nanti??
Tepuk dada tanyalah iman anda!!

ALL THE BEST!!



Saturday 13 August 2011

Bangkitlah Wahai Umat Islam!!!


Saban hari ku melihat saudaraku ku terbunuh
Negara teman seakidahku diceroboh
Para wanita diperkosa
Anak kecil diseksa
Kekejaman berleluasa
Pemimpin terdiam seribu bahasa

Bangkitlah!!
Bangkitlah umat Islam
Bebaskanlah dirimu dari belenggu
Dari musuh-musuh Allah yang derhaka
Dari askar-kafir kafir laknatullah

Bangkitlah!!
Bangkitlah umat Islam
Bangkitlah wahai Asadullah
Mengaumlah kepada musuh-musuh Allah
Bangkitlah wahai Saifullah
Libaskan pedangmu
Kepada tentera-tentera kafir itu

Renungkanlah..
Sanggupkah kita melihat semua ini berterusan?
Atau kita akan mengambil apa-apa tindakan
Fikir-fikirkanlah...



Syabab Islam



Friday 12 August 2011

Jom Kita Berpesta!!!

Alhamdulillah.. Kita sudah pun memasuki fasa kedua dalam bulan Ramadhan iaitu fasa maghfirah ataupun keampunan. Insyaallah, Allah akan mengampunkan dosa kita jika kita berpuasa dan melakukan semua suruhannya serta meninggalkan larangannya di bulan Ramadhan ini dengan hati yang ikhlas dan yakin kepada Allah S.W.T. tanpa mengharapkan apa-apa dari manusia lain. Semoga dalam bulan yang mulia ini. Allah akan melimpahkan rahmat dan maghfirahnya kepada kita. INSYAALLAH

Rugi lah bagi sesiapa yang baginya bulan ramadhan ni sama dengan bulan-bulan yang lain. Dalam bulan Ramadhan ini, ada banyak keistimewaan dan bonus yang diberi Allah kepada hamba-hambanya. Contohnya pahala yang berlipat ganda dalam setiap amalan kita, malam yang lebih baik dari seribu bulan iaitu malam Lailatul Qadar, tarawih, syaitan dibelenggu, pintu neraka ditutup, dan banyak lagi lah yang tak dapat dikira dengan perkiraan manusia. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui. Rugi betol la sape yang tak memanfaatkan bonus dan kelebihan ini sebaiknya.

Jadi, apa tunggu lagi. Marilah kita sama-sama memperhebatkan lagi pesta ibadah kita. Asyik buat pesta tari-menari je. Jom la kita buat pesta ibadah lak. Bagi yang jarang bersolat cubalah untuk tidak tinggalkan solat di bulan Ramadhan ni. Tapi!!Jangan time bulan Ramadhan je solat, tapi jadikan bulan Ramadhan ini sebagai batu loncatan untuk kita memperbaiki diri dan menambahkan ibadat kepada Allah S.W.T.

Semoga semua amalan kita diterima Allah. Tapi ingat!!Syarat utamanya adalah ikhlas dan buat dengan bersungguh-sungguh. Kalau buat sambil lewa je. Pahala pun sambil lewa je la kita dapat. Rugi tu..Sama gak macam kita belajar. Jika belajar sambil lewa, markah perikse pun sambil lewa je la..

OK..Selamat Menjalani Pesta Ibadah Semua



Sunday 31 July 2011

Selamat Berpuasa Semua



Alhamdulillah. Kita sudah memasuki bulan Ramadhan yang mulia.Imam Ghazali pernah berkata
"Ilmu tanpa amal gila, amal tanpa ilmu batal(x sah). Jadi, kita perlu la tau sedikit sebanyak tentang puasa di Bulan Ramadhan ni. Jom kita survey!!



Menahan diri dari makan dan minum atau apa-apa jua yang boleh membatalkan puasa, sepanjang hari mulai dari terbit fajar hingga terbenam matahari dalam sebulan bulan Ramadhan.

Perintah wajib puasa turun pada bulan Sya’ban Tahun 2 Hijrah.



Perintah wajib puasa : Surah Al-Baqarah Ayat 183:


 Bermaksud: Hai orang-orang yang beriman diwajibkan atasmu berpuasa, sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu, supaya kamu menjadi orang yang bertaqwa



  • Islam
  • Mukalaf
  • Berkuasa/Mampu untuk berpuasa, tidak uzur
  • Telah melihat anak bulan Ramadhan atau mensabitkan bulan Ramadhan dengan menggenapkan bulan Sya’ban 30 hari.



  • Beragama Islam sahaja, lelaki, perempuan dan kanak-kanak yang telah mumaiyyiz.
  • Suci dari haid dan nifas.
  • Sempurna akal fikirannya sepanjang hari itu.
  • Bukan pada hari yang tidak sah puasa eg. Hari Raya Puasa, Hari Raya Haji dan Hari Syak (30hb Sya’ban).


  • Niat, di waktu malam mulai selepas Maghrib sampai sebelum terbit fajar.
  • Meninggalkan semua perkara-perkara yang membatalkan puasa sejak terbitnya fajar sampai terbenamnya matahari

Sekiranya:

  • Memasukkan benda/sesuatu ke dalam jauh rongga seperti mulut, hidung, telinga, atau lubang-lubang kemaluan dengan sengaja.
  • Muntah dengan sengaja.
  • Mengeluarkan mani dengan sengaja.
  • Haid atau nifas.
  • Bersetubuh di siang hari (selain membatalkan puasa ia juga ada hukum tersendiri iaitu diwajibkan membayar kifarah).
  • Murtad (keluar dari Islam).
  • Gila(hilang akal)