Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh..
Marcapada ini, para remaja dan pemuda Islam semakin kehilangan identiti dan jati dirinya. Pelbagai kes dan masalah termasuklah kes jenayah yang berpunca daripada para remaja. Ini semua adalah penangan daripada agenda-agenda dan taktik-taktik orang kafir yang cuba menjatuhkan Islam. Saya pernah terbaca dalam sebuah buku bahawa Yahudi Laknatullah berusaha merosakkan pemikiran umat Islam terutamanya pemuda melalui 5S iaitu sport,smoke,sex,song and screen.
"Jika ingin melihat nasib negara itu pada masa akan datang,maka lihatlah pemuda zaman sekarang".
Nah,itu kan membuktikan bahawa pemuda atau dalam bahasa Arab "syabab" adalah pemangkin sesebuah negara. Namun adakah pemuda Islam di negara kita ini mempunyai ciri-ciri untuk menjadi pemimpin yang baik?
"Berikan aku 10 belia,nescaya akan aku gegarkan dunia".
Itulah kata-kata seorang Presiden Indonesia yang mengiktiraf kehebatan pemuda.
Sejarah Islam telah membuktikan bahawa pemuda atau syabab amat penting untuk menjadi seorang pembela dan pemangkin Agama Islam. Buktinya Saidina Ali telah menyumbangkan jasa yang amat besar ketika Islam mula berkembang pada zaman Rasulullah walhal ketika itu beliau masih muda belia. Usamah bin Zaid, beliau telah menyertai Perang Khandak ketika baru berusia 15 tahun. Beliau juga adalah Panglima Tentera Islam yang termuda iaitu ketika peperangan menentang Rom dan ketika itu umur beliau belum mencecah 20 tahun. Ikhwanul Muslimin telah ditubuhkan oleh Hassan Al-Banna dan beliau menjadi presidennya yang pertama ketika berusia 23 tahun. Sultan Muhammad Al-Fatih telah merealisasikan hadis Rasulullah dengan berjaya menakluk Kota Konstantinopel ketika umur sekitar 20-an. Adakah kalian tahu siapakah hero Perang Badar, merekalah Muadz b. Afra' dan Muadz b. Amru yang berjaya membunuh Abu Jahal padahal ketika itu umur mereka baru sahaja belasan tahun.
Nah, inilah contoh-contoh pemuda Islam yang berani mempertahankan agama mereka. Allah juga mengiktiraf golongan pemuda ini dalam Al-Quran comtohnya kisah Ashabul Kahfi. Sabda Rasulullah
"Sesungguhnya Allah sangat kagum pada pemuda yang tiada bagida Allah.nya masa muda(untuk bergembira dan bersula-suka kerana masa mudanya dipenuhi dengan beribadat kepada Allah"
(HR Imam Abu Ahmad dan Ya'la)
Kesimpulannya pemuda-pemudi Islam yang dirahmati Allah, kita haruslah memperbaiki diri kita demi kemaslahatan ummah bersama.
“ Akan senantiasa ada dalam umatku, golongan yang senantiasa menegakkan kebenaran, musuh-musuh mereka tidak mampu membahayakan mereka saat Allah menentukan urusannya “
(HR Bukhori dan Muslim)
Pilihan di tangan kita. Adakah kita mahu menjadi pemuda yang akan menegakkan Islam atau pemuda yang memburukkan Islam.Buatlah pilihan yang baik dan tepat.
BANGKITLAH SYABAB ISLAM
KALIANLAH PEMANGKIN UMMAH
PENGGERAK GENERASI ISLAM
MEMBINA UMMAH CEMERLANG
No comments:
Post a Comment