Friday, 12 August 2011

Jom Kita Berpesta!!!

Alhamdulillah.. Kita sudah pun memasuki fasa kedua dalam bulan Ramadhan iaitu fasa maghfirah ataupun keampunan. Insyaallah, Allah akan mengampunkan dosa kita jika kita berpuasa dan melakukan semua suruhannya serta meninggalkan larangannya di bulan Ramadhan ini dengan hati yang ikhlas dan yakin kepada Allah S.W.T. tanpa mengharapkan apa-apa dari manusia lain. Semoga dalam bulan yang mulia ini. Allah akan melimpahkan rahmat dan maghfirahnya kepada kita. INSYAALLAH

Rugi lah bagi sesiapa yang baginya bulan ramadhan ni sama dengan bulan-bulan yang lain. Dalam bulan Ramadhan ini, ada banyak keistimewaan dan bonus yang diberi Allah kepada hamba-hambanya. Contohnya pahala yang berlipat ganda dalam setiap amalan kita, malam yang lebih baik dari seribu bulan iaitu malam Lailatul Qadar, tarawih, syaitan dibelenggu, pintu neraka ditutup, dan banyak lagi lah yang tak dapat dikira dengan perkiraan manusia. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui. Rugi betol la sape yang tak memanfaatkan bonus dan kelebihan ini sebaiknya.

Jadi, apa tunggu lagi. Marilah kita sama-sama memperhebatkan lagi pesta ibadah kita. Asyik buat pesta tari-menari je. Jom la kita buat pesta ibadah lak. Bagi yang jarang bersolat cubalah untuk tidak tinggalkan solat di bulan Ramadhan ni. Tapi!!Jangan time bulan Ramadhan je solat, tapi jadikan bulan Ramadhan ini sebagai batu loncatan untuk kita memperbaiki diri dan menambahkan ibadat kepada Allah S.W.T.

Semoga semua amalan kita diterima Allah. Tapi ingat!!Syarat utamanya adalah ikhlas dan buat dengan bersungguh-sungguh. Kalau buat sambil lewa je. Pahala pun sambil lewa je la kita dapat. Rugi tu..Sama gak macam kita belajar. Jika belajar sambil lewa, markah perikse pun sambil lewa je la..

OK..Selamat Menjalani Pesta Ibadah Semua



No comments:

Post a Comment