Friday 25 November 2011

Pesanan Buat Sahabat



Sahabat,

Jika mengaku sahabat mengapa rakanmu dicela

Jika mengaku sahabat,
Mengapa hati rakanmu disakiti,
Sedarlah,setiap insan punyai hati dan perasaan,
Janganlah kita melukakannya sesuka hati.
Sahabat,
Tidakkah kau sayangi rakanmu,
Tetapi mengapa kau membiarkan sahaja mereka, 
Lalai dan alpa terhadap Sang Pencipta,
Jika benar kau sayangi mereka,
Tidak mahukah kau hidup bahagia bersama.
Di Akhirat sana.

Ya ALLAH, 
Berikanlah aku sahabat,
Yang mengingatkanku tatkala aku alpa kepadamu,
Yang menyedarkanku tatkala aku lalai kepadamu,
Dan sahabat yang akan menunjukkanku jalan,
Untuk menggapai keredhaan-mu.

Perkenankanlah Ya ALLAH

Monday 7 November 2011

Siapa dan Apakah 'MELAYU'??

Assalamualaikum semua!!

Anda semua tahu apa itu 'MELAYU'?
Perkataan 'melayu' telah melalui satu evolusi yang panjang iaitu sejak zaman kesultanan melayu melaka lagi. Melalui karya-karya melayu tradisional seperti Sejarah Melayu, Hikayat Merong Mahawangsa, Tuhfat Al-Nafis dan banyak lagi, perkataan 'melayu' ditakrifkan dengan pelbagai takrifan.'Melayu' sebagai satu kumpulan etnik pula muncul dalam tulisan Melayu tradisional selepas kurun ke-19

Melayu tradisional mempunyai sifat-sifat tersendiri. Mereka adalah satu kaum yang mesra dengan alam semula jadi. Mereka duduk di sepanjang Selat Melaka dan persisiran pantai serta mendirikan pelabuhan-pelabuhan kecil yang kemudiannya menjadi besar. Orang Melayu dikenali sebagai bangsa dagang.
Dalam catatan sejarah China, Orang Melayu dikenali sebagai bangsa yang sopan, bijak dalam ilmu falak dan mempunyai peradaban yang tinggi. Kesemua ini membawa kepada penyempurnaan pembentukan identiti 'MELAYU'.

Faktor migrasi dan penjajahan pula telah mentakrifkan 'melayu' dengan lebih khusus dan aspek-aspek tertentu seperti asal-usul, budaya dan agama dihimpunkan sebagai komponen di dalam identiti 'melayu'. Ini kemudiannya menjadi asas kepada Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu dan mentakrifkan 'orang melayu' sebagai seseorang yang beragama Islam, mengamalka adat resam melayu dan bertutur dalam bahasa melayu.

Dengan takrif yang terkini itu, kita melihat bahawa 'MELAYU' telah digunakan sebagai rujukan kepada satu kumpilan etnik yang mengamalkan adat-adat tertentu, bertutur dengan bahasa melayu dan menganut agama Islam. Pentakrifan ini dilihat sebagai memberi penegasan kepada komponen penting yang membentuk identiti melayu.

Kesimpulannya, 'melayu' mempunyai sejarah tersendiri yang unik dan bangsa melayu adalah bangsa yang mempunyai jati diri yang kuat. Jadi, mengapa kita perlu berbangga dengan budaya tidak elok dari negara lain sedangkan bangsa melayu adalah bangsa yang mempunyai peradaban yang tinggi?  


*dipetik dalam Konvensyen Memperingati 500 Tahun Kejatuhan Empayar Melayu Islam Melaka