Friday 30 September 2011

INSTITUT TAHFIZ AL-QURAN NEGERI SEMBILAN



selamat datang ke ITQAN


Institut Tahfiz Al-Quran Negeri Sembilan atau singkatannya ITQAN adalah satu-satunya institusi tahfiz yang ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri Sembilan. Pada tahun 1991, ianya hanyalah kelas Tahfiz Al-Quran yang menumpang di Maahad Ahmadi. Penubuhan Kelas Tahfiz mula disuarakan pada pertengahan tahun 1980-an. Mula dibuka pada sesi 1990/1991 dengan pengambilan pelajarnya seramai 17 orang. Sehingga sesi 1994/1995, bilangan pelajarnya seramai 62 orang. Pada tahun 2003, kompleks tahfiz telah siap dibina di Gemenceh dengan kos RM26juta. Semua pelajar tahfiz pindah dan belajar di kompleks tersebut hingga sekarang. Bilangan pelajar telah mencecah 200 lebih.

Institut Tahfiz Al-Quran ini telah melahirkan insan-insan yang berwibawa dan bermanfaat kepada masyarakat. Berikut adalah beberapa produk ITQAN yang melakarkan kecermelangan dalam hidup mereka :
  •  Imam di Masjid Sultan Zainal Abidin :  Ustaz Muhd Redza Ahmad
  • Imam di Masjid Negara : Ustaz Amru Alhaz
  • Imam Masjid Wilayah Persekutuan : Ustaz Ashraf Ibrahim
  • Imam Muda Aran : Imam Muda musim pertama
  • Imam Muda Fatah :Imam Muda musim kedua

Di antara objektif penubuhan INSTITUT TAHFIZ AL-QURAN NEGERI SEMBILAN ini ialah:

  1. Memenuhi fadhu kifayah.
  2. Melahirkan seberapa banyak Al-Hafiz yang berkemahiran.
  3. Menyediakan Al-Hafiz yang bukan sahaja mampu menghafaz 30 juzuk tetapi juga ilmu-ilmu agama dan profesional lain sesuai dengan tuntutan semasa.
  4. Menampung kekurangan para Hafiz bagi mewakili negeri/negara ke Musabaqah Hafaz peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
  5. Menyahut gagasan ke arah membentuk generasi Al-Quran

Panorama di sekitar ITQAN


bangunan pentadbiran ITQAN

Musolla At-Taqwa ITQAN


dewan Asy-Syatibi ITQAN


asrama pelajar ITQAN





Saturday 3 September 2011

Lagu Balik Sekolah


Perjalanan jauh bosannya rasa
Kerna hati ku melompat sama
Ingin berjumpa sahabat-handai
Yang selalu main-main di depan mata

Nun menghijau padang sekolah dan tasik
Langit nan tinggi bertambah gelapnya
Deru angin turut sama memekak
Semuanya tanda hujan nak turun

Balik sekolah oh oh...( 3X )
Selagi la girang
Ho ho... Balik sekolah (3X)
Langsung tak girang

Terbayang -bayang tv di rumah
Tidak dilupakan jua komputer
Apakan daya aku insan biasa
Terpaksa berkorban untuk berjaya

( ulang dari mula )


Friday 2 September 2011

Apa yang penting?? Kerjasama

Assalamualaikum semua!! Apa khabar iman anda hari ini? Amacam hari raya..Seronok tak? Berapa banyak duit raya yang korang dapat tahun ni. Yang dah besar tu takkan dapat duit raya gak. Malu la..

Sedar tak sedar. Sekarang dah masuk 5 Syawal. Dah 5 hari kita tinggalkan Ramadhan.Siang tadi aku sempat la menghadiri satu kenduri tahlil kat kampung ayah aku. Nama kampung tu Kampung Titian Akar. Ha..di sini, aku bukan nak cerita pasal kampung aku. Tapi aku nak cerita apa yang aku alami time kenduri tahlil tu and betapa diorang menunjukkan sikap persaudaraan yang kuat.

Yang menariknya, kenduri tahlil ini bukan untuk penduduk Kampung Titian Akar je. Tapi turut dihadiri oleh jirannya iaitu Kampung Sawah Raja. Mereka berganding bahu untuk mengadakan kenduri itu. Kenduri tu dibuat dekat surau yang terletak di antara kedua-dua kampung tersebut.

Selalunya kalau kenduri orang masak, tapi kali ni setiap orang bawak makanan sendiri dari rumah. Time orang lelaki solat Jumaat, yang perempuannya menyiapkan juadah. Biasa la tu kan. Tak kan lelaki pulak nak siapkan makanan. Jadi, semua orang dapat la merasa makanan yang dibawa oleh orang lain.

Dah nama pun solat Jumaat. Tak kan la buat kat surau kot. Solat Jumaat buat kat masjid kampung masing-masing la. Nak dijadikan cerita, Masjid Titian Akar abis awal Masjid Sawah Raja lak lambat. Kerana penat menunggu, beberapa penduduk T.Akar mencadangkan agar majlis dimulakan dahulu tapi ditegah oleh pemimpim mereka. Katanya "tunggulah kejap, nanti apa pulak cakap diorang"     Lalu semua orang patuh dengan cakapnya. Betapa mereka cuba untuk menjaga sensitiviti masing2 walaupun berbeza kampung. Lepas habis kenduri, semua sama-sama kemas tak kira laki pompuan.

Korang rasa la..Berapa ramai lagi orang yang masih mempunyai sifat2 camni lagi? Sifat bekerjasama tidak kira apa pun. Sekarang ni semua kenduri nak pakai katering. Tak ramai lagi yang mengamalkan budaya merewang yang dapat memupuk semangat kerjasama dalam kalangan masyarakat.


ADAT BESENDI SYARAK, SYARAK BERLANDASKAN WAHYU


Jadi, renung-renungkan dan selamat beramal.