Friday, 2 September 2011

Apa yang penting?? Kerjasama

Assalamualaikum semua!! Apa khabar iman anda hari ini? Amacam hari raya..Seronok tak? Berapa banyak duit raya yang korang dapat tahun ni. Yang dah besar tu takkan dapat duit raya gak. Malu la..

Sedar tak sedar. Sekarang dah masuk 5 Syawal. Dah 5 hari kita tinggalkan Ramadhan.Siang tadi aku sempat la menghadiri satu kenduri tahlil kat kampung ayah aku. Nama kampung tu Kampung Titian Akar. Ha..di sini, aku bukan nak cerita pasal kampung aku. Tapi aku nak cerita apa yang aku alami time kenduri tahlil tu and betapa diorang menunjukkan sikap persaudaraan yang kuat.

Yang menariknya, kenduri tahlil ini bukan untuk penduduk Kampung Titian Akar je. Tapi turut dihadiri oleh jirannya iaitu Kampung Sawah Raja. Mereka berganding bahu untuk mengadakan kenduri itu. Kenduri tu dibuat dekat surau yang terletak di antara kedua-dua kampung tersebut.

Selalunya kalau kenduri orang masak, tapi kali ni setiap orang bawak makanan sendiri dari rumah. Time orang lelaki solat Jumaat, yang perempuannya menyiapkan juadah. Biasa la tu kan. Tak kan lelaki pulak nak siapkan makanan. Jadi, semua orang dapat la merasa makanan yang dibawa oleh orang lain.

Dah nama pun solat Jumaat. Tak kan la buat kat surau kot. Solat Jumaat buat kat masjid kampung masing-masing la. Nak dijadikan cerita, Masjid Titian Akar abis awal Masjid Sawah Raja lak lambat. Kerana penat menunggu, beberapa penduduk T.Akar mencadangkan agar majlis dimulakan dahulu tapi ditegah oleh pemimpim mereka. Katanya "tunggulah kejap, nanti apa pulak cakap diorang"     Lalu semua orang patuh dengan cakapnya. Betapa mereka cuba untuk menjaga sensitiviti masing2 walaupun berbeza kampung. Lepas habis kenduri, semua sama-sama kemas tak kira laki pompuan.

Korang rasa la..Berapa ramai lagi orang yang masih mempunyai sifat2 camni lagi? Sifat bekerjasama tidak kira apa pun. Sekarang ni semua kenduri nak pakai katering. Tak ramai lagi yang mengamalkan budaya merewang yang dapat memupuk semangat kerjasama dalam kalangan masyarakat.


ADAT BESENDI SYARAK, SYARAK BERLANDASKAN WAHYU


Jadi, renung-renungkan dan selamat beramal.


No comments:

Post a Comment