Sunday, 25 December 2011

Nasihat Untuk Para Remaja

Assalamualaikum saudara-saudaraku sekalian..

Baru-baru ini, penulis terbaca berita tentang gadis yang berumur 17 tahun menjadi GRO di kelab malam. Gadis itu bekerja sambilan di sana sementara menunggu keputusan SPM keluar. Masyaallah!! Betapa teruknya para remaja kita zaman sekarang. Cuba la kalian bayangkan, banyak lagi kerja halal yang boleh dibuat, macam mana la dia boleh sanggup buat kerja terkutuk itu hanya demi wang ringgit?

Pada zaman era globalisasi ini, para remaja semakin teruk dan membimbangkan. Ramai daripada mereka tertipu dan terpedaya dengan dunia yang menggoda. Lupakah mereka kepada firman Allah S.W.T dalam Surah Ali 'Imran ayat 185:

وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلَّا مَتَاعُ الْغُرُورِ

“Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu.”.

Sedarlah wahai para remaja yang dirahmati Allah sekalian, kita dilahirkan dengan misi yang besar untuk menegakkan Islam di muka bumi ini. Kita menggalas tangungjawab sebagai khalifah di atas bumi ini. Tujuan kita dilahirkan bukanlah hanya untuk bersuka-suka atau mensia-siakan hidup ini. Firman Allah S.W.T:

وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ

“Dan tidaklah Aku ciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku.” 
(Adz Dzariyat: 56)


Ingatlah para remaja,syaitan itu tidak akan pernah berhenti menghasut dan mengajak kita ke arah kejahatan sehinggalah Hari Kiamat. Apa yang menyebabkan Nabi Adam dan Hawa dibuang dari syurga? Semuanya adalah disebabkan oleh iblis dan syaitan yang dilaknat. Sedangkan manusia pertama di dunia ini tertipu dengan mereka, inikan pula kita insan yang lemah.

إِنَّ الشَّيْطَانَ لَكُمْ عَدُوٌّ فَاتَّخِذُوهُ عَدُوًّا إِنَّمَا يَدْعُو حِزْبَهُ لِيَكُونُوا مِنْ أَصْحَابِ السَّعِيرِ

“Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh bagimu, maka jadikanlah ia musuh(mu), kerana sesungguhnya syaitan-syaitan itu mengajak golongannya supaya mereka menjadi penghuni neraka yang menyala-nyala.” (Fathir: 6)


Kesimpulannya wahai para remaja sekalian, teguhkan hati dan kuatkan iman di dalam diri kalian. Tuntutlah ilmu yang berfaedah sebanyak mungkin demi kesejahteraan kita di dunia dan akhirat. Sentiasalah berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran. 

Sampai di sini sahaja lah coretan saya..Semoga kita berjumpa lagi pada post yang selanjutnya..^__^






No comments:

Post a Comment