Sunday, 11 December 2011

Kerana Cinta??


Manusia itu,
 Lahir ke dunia kerana cinta,
Hidup di dunia berteraskan cinta,
Cinta pemberian Yang Maha Esa
Namun, mengapa ada yang mengagungkan cinta duniawi,
Berbanding cinta kepada-Nya?

Manusia itu, 
Mencintai insan di sekelilingnya,
Tapi melupakan cinta Sang Pencipta Cinta,
Tidakkah dia sedar,
Bahawa setiap insan akan pergi meninggalkannya?

Manusia itu,
Mencintai harta yang dimilikinya,
Tapi tidak digunakan sebaiknya,
Tidakkah dia sedar,
Bahawa harta itu akan habis akhirnya?

Manusia itu,
Mencintai kuasa dan pangkatnya,
Tapi tidak mengendahkan Yang Maha Kuasa,
Tidakkah dia sedar,
Dunia ini tidak kekal abadi?

Sedarlah wahai insan,
Pemburu keduniaan tidak akan puas,
Memburu dunia dan segala isinya,
Tiada yang kekal di dunia ini,
hanya Yang Khaliq kekal abadi,
Rebutlah cintanya, Cinta yang hakiki,
Nescaya, kita tidak akan rugi...


No comments:

Post a Comment