Friday 30 December 2011

Kita harapan ummah!!


Marcapada ini, para remaja dan pemuda Islam semakin kehilangan identiti dan jati dirinya. Pelbagai kes dan masalah termasuklah kes jenayah yang berpunca daripada para remaja. Ini semua adalah penangan daripada agenda-agenda dan taktik-taktik orang kafir yang cuba menjatuhkan Islam.
"Jika ingin melihat nasib negara itu pada masa akan datang,maka lihatlah pemuda zaman sekarang"
Itulah kata-kata Saidina Umar Al-Khattab yang menunjukkan bahawa pemuda amat penting dalam sesebuah negara. 

Mengapa semua ni boleh berlaku?

Dalam dunia yang tiada sempadan ini, amat mudah untuk orang-orang kafir untuk merosakkan pemikiran umat Islam. Contohnya Yahudi la’natullah berusaha merosakkan pemikiran remaja islam melalui 5S iaitu ‘smoke,sport,sex,screen,song’. Melalui medium-medium inilah mereka menyabarkan perkara-perkara tidak elok yang menjerumus kita kearah maksiat.Selain itu, para remaja Islam masakini semakin kehilangan jatidiri. Mereka mudah terpengaruh dengan anasir-anasir buruk contohnya filem-filem lucah, lagu yang melalaikan dan sebagainya. Mereka mudah tertipu dengan kesenangan dan hiburan di dunia. Mereka juga mudah terpedaya dengan bisikan dan tipu daya syaitan yang sentiasa menghasut mereka kearah keburukan sesuai dengan firman Allah:

Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh bagimu, maka jadikanlah ia musuh(mu), kerana sesungguhnya syaitan-syaitan itu mengajak golongannya supaya mereka menjadi penghuni neraka yang menyala-nyala.” (Fathir: 6).

Adakah kita lupa?

Saudara-saudara sekalian,adakah kita lupa bahawa kita mempunyai misi dan tugas yang perlu dilaksanakan di dunia ini?Adakah kita lupa tujuan Allah menciptakan kita?
“Dan tidaklah Aku ciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku.” (Adz Dzariyat: 56)

Allah menciptakan kita untuk menjadi khalifah di muka bumi ini. Jadi kita tidak boleh hanya berseronok dan meninggalkan tugas kita sebagai khalifah.Kita harus sedar bahawa banyak lagi tugas dan tanggungjawab yang perlu kita pikul dan selesaikan hinggalah kita menutup mata untuk selamanya.


Jadi apa yang perlu kita lakukan?

Demi menempuh dugaan dan arus kehidupan yang semakin mengganas ini, kita sebagai remaja Islam perlulah mempunyai jatidiri yang teguh. Selain itu, kita mestilah memilih rakan dengan baik kerana rakanlah yang paling banyak mempengaruhi kehidupan seseorang melebihi ibubapa sendiri.Selain itu,kita mestilah memperbanyakkan ibadat kepada Allah dan menjaga solat kerana solat yang sempurna akan mencegah kita daripada melakukan maksiat dan kemungkaran.

"Sesungguhnya Allah sangat kagum pada pemuda yang tiada bagida Allah.nya masa muda(untuk bergembira dan bersula-suka kerana masa mudanya dipenuhi dengan beribadat kepada Allah"
(HR Imam Abu Ahmad dan Ya'la)


Jom kita buat perubahan

Wahai remaja islam yang dirahmati Allah, kita adalah bakal pemimpin ummah pada masa akan datang. Ummah mengharapkan kita semua. Marilah kita semua membuat perubahan kearah yang lebih baik. Marilah kita sama-sama memperbaiki diri dan seterusnya berhijrah kepada kebaikan.
“ Akan senantiasa ada dalam umatku, golongan yang senantiasa menegakkan kebenaran, musuh-musuh mereka tidak mampu membahayakan mereka saat Allah menentukan urusannya “ 
(HR Bukhori dan Muslim)

Jadi, pilihan terletak di tangan kita. Adakah kita ingin menjadi pemuda yang akan menegakkan Islam atau pemuda yang akan menjatuhkan Islam. Buatlah pilihan yang baik dan tepat. Jangan lupa wahai remaja sekalian,kita adalah harapan ummah!!

BANGKITLAH PEMUDA ISLAM
KALIANLAH PEMANGKIN UMMAH
PENGGERAK GENERASI ISLAM
MEMBINA UMMAH CEMERLANG


  

Sunday 25 December 2011

Nasihat Untuk Para Remaja

Assalamualaikum saudara-saudaraku sekalian..

Baru-baru ini, penulis terbaca berita tentang gadis yang berumur 17 tahun menjadi GRO di kelab malam. Gadis itu bekerja sambilan di sana sementara menunggu keputusan SPM keluar. Masyaallah!! Betapa teruknya para remaja kita zaman sekarang. Cuba la kalian bayangkan, banyak lagi kerja halal yang boleh dibuat, macam mana la dia boleh sanggup buat kerja terkutuk itu hanya demi wang ringgit?

Pada zaman era globalisasi ini, para remaja semakin teruk dan membimbangkan. Ramai daripada mereka tertipu dan terpedaya dengan dunia yang menggoda. Lupakah mereka kepada firman Allah S.W.T dalam Surah Ali 'Imran ayat 185:

وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلَّا مَتَاعُ الْغُرُورِ

“Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu.”.

Sedarlah wahai para remaja yang dirahmati Allah sekalian, kita dilahirkan dengan misi yang besar untuk menegakkan Islam di muka bumi ini. Kita menggalas tangungjawab sebagai khalifah di atas bumi ini. Tujuan kita dilahirkan bukanlah hanya untuk bersuka-suka atau mensia-siakan hidup ini. Firman Allah S.W.T:

وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ

“Dan tidaklah Aku ciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku.” 
(Adz Dzariyat: 56)


Ingatlah para remaja,syaitan itu tidak akan pernah berhenti menghasut dan mengajak kita ke arah kejahatan sehinggalah Hari Kiamat. Apa yang menyebabkan Nabi Adam dan Hawa dibuang dari syurga? Semuanya adalah disebabkan oleh iblis dan syaitan yang dilaknat. Sedangkan manusia pertama di dunia ini tertipu dengan mereka, inikan pula kita insan yang lemah.

إِنَّ الشَّيْطَانَ لَكُمْ عَدُوٌّ فَاتَّخِذُوهُ عَدُوًّا إِنَّمَا يَدْعُو حِزْبَهُ لِيَكُونُوا مِنْ أَصْحَابِ السَّعِيرِ

“Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh bagimu, maka jadikanlah ia musuh(mu), kerana sesungguhnya syaitan-syaitan itu mengajak golongannya supaya mereka menjadi penghuni neraka yang menyala-nyala.” (Fathir: 6)


Kesimpulannya wahai para remaja sekalian, teguhkan hati dan kuatkan iman di dalam diri kalian. Tuntutlah ilmu yang berfaedah sebanyak mungkin demi kesejahteraan kita di dunia dan akhirat. Sentiasalah berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran. 

Sampai di sini sahaja lah coretan saya..Semoga kita berjumpa lagi pada post yang selanjutnya..^__^






Saturday 17 December 2011

Ke Mana Hilangnya Keberanian Kita?


Saban hari ku melihat saudaraku ku terbunuh
Negara teman seakidahku diceroboh
Para wanita diperkosa
Anak kecil diseksa
Kekejaman berleluasa
Pemimpin terdiam seribu bahasa


Saudara sekalian, apakah perasaan anda melihat saudara-saudara kita di bumi Palestin ini terbiar begitu sahaja? Dibiar sahaja menderita tanpa mendapat pembelaan yang sewajarnya. Saudara sekalian, cuba kalian bayangkan terdapat lebih-kurang lima puluh lima negara Islam di bumi ini. Bayangkanlah, betapa hebatnya empayar Islam yang akan terbina jika semua negara ini bersatu. Namun, perkara itu hanyalah mimpi semata-mata jika pemimpin-pemimpin Islam masih tidak mengubah sikap buruk masing-masing. Mereka semua sudah hilang keberanian. Korupsi di mana-mana. Pecah amanah, rasuah dan khianat seolah-olah hanya mainan semata-mata bagi mereka.

Liga Arab dan negara-negara Islam hanya berani melaungkan kemarahan terhadap Yahudi yang menjajah bumi Palestin, tetapi apa yang telah mereka lakukan? Ke mana perginya semua keberanian umat Islam yang dahulunya amat digeruni oleh musuh-musuh Allah. Ke mana perginya semangat keperwiraan Khalid Al-Walid, Muhammad Al-Fatih dan Salehuddin Al-Ayubi? Ramai umat Islam hari ini hanyalah umat yang pengecut dan takut untuk menegakkan Islam di muka bumi ini. Umat Islam yang amat terkenal dengan keberaniannya dahulu seolah-olah sudah menjadi dongengan semata-mata.

Rasulullah S.A.W bersabda :
"Orang-orang kafir itu sudah hampir kepada kamu untuk mencetus bibit permusuhan sesama kamu dan mereka mengerumuni kamu kerana ingin merampas harta dan tanah air milik kamu umpama mereka mengerumuni makanan dengan lahapnya. Sahabat bertanya: Adakah ketika itu bilangan kita sedikit? Nabi menjawab: Tidak, bahkan kamu sangat ramai, tetapi kamu ibarat buih-buih di lautan. Allah menghilangkan rasa gerun musuh terhadap kamu dan mencampakkan rasa 'wahan' dalam diri kamu. Sahabat bertanya lagi: Apakah itu 'wahan'? Nabi menjawab: Cintakan dunia dan takutkan mati."

Kesimpulannya wahai  saudara-saudara yang ku hormati sekalian, kekuatan umat Islam terletak pada kesatuan dan perpaduan. Perpaduan dapat menghasilkan umat-umat Islam yang berani dan digeruni musuh. Namun, adakah cita-cita ini akan tercapai suatu hari nanti?
Fikirlah....Ke mana hilangnya keberanian kita?




Sunday 11 December 2011

Kerana Cinta??


Manusia itu,
 Lahir ke dunia kerana cinta,
Hidup di dunia berteraskan cinta,
Cinta pemberian Yang Maha Esa
Namun, mengapa ada yang mengagungkan cinta duniawi,
Berbanding cinta kepada-Nya?

Manusia itu, 
Mencintai insan di sekelilingnya,
Tapi melupakan cinta Sang Pencipta Cinta,
Tidakkah dia sedar,
Bahawa setiap insan akan pergi meninggalkannya?

Manusia itu,
Mencintai harta yang dimilikinya,
Tapi tidak digunakan sebaiknya,
Tidakkah dia sedar,
Bahawa harta itu akan habis akhirnya?

Manusia itu,
Mencintai kuasa dan pangkatnya,
Tapi tidak mengendahkan Yang Maha Kuasa,
Tidakkah dia sedar,
Dunia ini tidak kekal abadi?

Sedarlah wahai insan,
Pemburu keduniaan tidak akan puas,
Memburu dunia dan segala isinya,
Tiada yang kekal di dunia ini,
hanya Yang Khaliq kekal abadi,
Rebutlah cintanya, Cinta yang hakiki,
Nescaya, kita tidak akan rugi...


Wednesday 7 December 2011

Syabab Islam Pemangkin Ummah


Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh..
Marcapada ini, para remaja dan pemuda Islam semakin kehilangan identiti dan jati dirinya. Pelbagai kes dan masalah termasuklah kes jenayah yang berpunca daripada para remaja. Ini semua adalah penangan daripada agenda-agenda dan taktik-taktik orang kafir yang cuba menjatuhkan Islam. Saya pernah terbaca dalam sebuah buku bahawa Yahudi Laknatullah berusaha merosakkan pemikiran umat Islam terutamanya pemuda melalui 5S iaitu sport,smoke,sex,song and screen.

"Jika ingin melihat nasib negara itu pada masa akan datang,maka lihatlah pemuda zaman sekarang". 
Nah,itu kan membuktikan bahawa pemuda atau dalam bahasa Arab "syabab" adalah pemangkin sesebuah negara. Namun adakah pemuda Islam di negara kita ini mempunyai ciri-ciri untuk menjadi pemimpin yang baik? 
"Berikan aku 10 belia,nescaya akan aku gegarkan dunia". 
Itulah kata-kata seorang Presiden Indonesia yang mengiktiraf kehebatan pemuda.

Sejarah Islam telah membuktikan bahawa pemuda atau syabab amat penting untuk menjadi seorang pembela dan pemangkin Agama Islam. Buktinya Saidina Ali telah menyumbangkan jasa yang amat besar ketika Islam mula berkembang pada zaman Rasulullah walhal ketika itu beliau masih muda belia. Usamah bin Zaid, beliau telah menyertai Perang Khandak ketika baru berusia 15 tahun. Beliau juga adalah Panglima Tentera Islam yang termuda iaitu ketika peperangan menentang Rom dan ketika itu umur beliau belum mencecah 20 tahun. Ikhwanul Muslimin telah ditubuhkan oleh Hassan Al-Banna dan beliau menjadi presidennya yang pertama ketika berusia 23 tahun. Sultan Muhammad Al-Fatih telah merealisasikan hadis Rasulullah dengan berjaya menakluk Kota Konstantinopel ketika umur sekitar 20-an. Adakah kalian tahu siapakah hero Perang Badar, merekalah Muadz b. Afra' dan Muadz b. Amru yang berjaya membunuh Abu Jahal padahal ketika itu umur mereka baru sahaja belasan tahun.

Nah, inilah contoh-contoh pemuda Islam yang berani mempertahankan agama mereka. Allah juga mengiktiraf golongan pemuda ini dalam Al-Quran comtohnya kisah Ashabul Kahfi. Sabda Rasulullah 
"Sesungguhnya Allah sangat kagum pada pemuda yang tiada bagida Allah.nya masa muda(untuk bergembira dan bersula-suka kerana masa mudanya dipenuhi dengan beribadat kepada Allah"
(HR Imam Abu Ahmad dan Ya'la)

Kesimpulannya pemuda-pemudi Islam yang dirahmati Allah, kita haruslah memperbaiki diri kita demi kemaslahatan ummah bersama

“ Akan senantiasa ada dalam umatku, golongan yang senantiasa menegakkan kebenaran, musuh-musuh mereka tidak mampu membahayakan mereka saat Allah menentukan urusannya “ 
(HR Bukhori dan Muslim)

Pilihan di tangan kita. Adakah kita mahu menjadi pemuda yang akan menegakkan Islam atau pemuda yang memburukkan Islam.Buatlah pilihan yang baik dan tepat.

BANGKITLAH SYABAB ISLAM
KALIANLAH PEMANGKIN UMMAH
PENGGERAK GENERASI ISLAM
MEMBINA UMMAH CEMERLANG


Monday 5 December 2011

Jaga tutur bicara



Sabda Rasulullah saw bermaksud: “Sesungguhnya seseorang itu akan bercakap-cakap dengan kata-kata yang diredai Allah, dan dia tidak menyangka bahawa kata-katanya itu akan menyampaikannya ke suatu tingkat tertentu, maka dicatatkan oleh Allah kata-kata itu mendapat keredaan-Nya hingga ke hari kiamat.


Percakapan adalah sesuatu yang amat penting dalam kehidupan kita. Namun, adakah kita sebagai orang Islam betul-betul menjaga setiap butir-butir percakapan yang keluar dari mulut sendiri. Sebaik-baik perkataan adalah perkataan yang ringkas tetapi padat. 


"Dan katakanlah kepada hamba-hambaKu: Hendaklah mereka mengucapkan perkataan yang lebih baik. Sesungguhnya syaitan itu menimbulkan perselisihan di antara mereka. Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi manusia." [QS Al-Isra':53]


Ada yang mengatakan bahawa lidah itu lebih tajam daripada pedang. Kata-kata yang tidak elok boleh menjerumuskan kita dalam pergaduhan dan perbalahan. Jika kita tidak menjaga tutur kata, tidak mustahil kita akan menghadapi masalah yang besar. 'Kerana pulut santan binasa,kerana mulut badan binasa".


Amat penting bagi kita semua untuk menjaga manis tutur bicara kata. Setiap percakapan kita akan melambangkan kepribadian kita. Kebiasaannya, orang yang suka berkata perkataan yang merapu atau merepek akan kelihatan seperti orang yang kurang bijak. Lagi banyak perkataan merepek yang kita sebut, lagi terserlahlah ketidakkebijaksanaan kita sendiri. 


Khulasohnya, jagalah setiap tutur bicara kita. Janganlah mencaki-maki sesama insan. Janganlah berkata perkataan yang sia-sia. Pepatah Arab ada menyebut, "Jika berkata-kata itu perak, maka diam itu adalah emas".


Banyak cakap banyak salahnya
Banyak salah banyak dosanya
Banyak dosanya, nak masuk neraka??