Telah termaktub namaku
Suffian Haqiem pilihan ayahanda & bonda
menjadi identiti bagi diriku
Ku jalani hidup ini
16 tahun telah ku tempuhi
hadapi hidup yang penuh pancaroba
Kanvas kehidupanku ini
pelukisnya bukan kuseorang
ibubapa & guru turut menyumbang
sahabat handai memberi warna
Indahnya hidup ini
seakan tidak mahu kulepaskan
namun tiada yang kekal di dunia ini
hanya ALLAH yang kekal selamanya
Indahnya hidup ini
akan kuisi hayatku
berbakti pada nusa dan bangsa
p/s Puisi ini mendapat penghargaan dari Ustaz Fadzli bin Ahmad Bakar.Vokalis dan komposer Kumpulan
No comments:
Post a Comment