Suatu hari,Imam Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya,lalu beliau bertanya.Soalan pertama: “Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?” Murid-muridnya menjawab: “orang tua, guru, kawan dan sahabatnya.”
Imam Ghazali menjelaskan semua jawapan itu benar. Namun yang paling dekat dengan kita adalah‘ ‘MATI’. Sebab itu sememangnya janji Allah s.w.t bahawa setiap yang bernyawa akan mati.(Ali Imran,185)
Lalu Imam Ghazali meneruskan pertanyaan kedua: “Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini?” Murid-muridnya menjawab: “NegaraChina,bulan,matahari dan bintang.” Imam Al Ghazali menjelaskan,semua jawapan yang mereka berikan itu benar,tetapi yang paling benar adalah ‘MASA LALU’.
Walau dengan apa cara sekalipun, kita tidak dapat kembali ke masa lalu.Oleh sebab itu ,kita harus menjaga hari ini dan hari-hari akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran agama.
Beliau kemudian mengemukakan pertanyaan ketiga. “Apa yang paling besar di dunia ini?” Murid-muridnya menjawab: gunung, bumi dan matahari.” Imam Al Ghazali berkata semua jawapan itu benar,tetapi yang paling besar di dunia ini ialah ’NAFSU’.(Al A’Raf,179)
Oleh itu, kita harus berhati-hati dengan nafsu, jangan sampai ia membawa kita ke neraka.
Pertanyaan keempat adalah, “ Apa yang paling berat di dunia ini?” Ada yang menjawab besi dan gajah.” Semua jawapan itu benar, kata Imam Al Ghazali, tetapi yang paling berat ialah MEMEGANG AMANAH. (Surah Al Ahzab, 72)
Ini kerana tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung dan malaikat tidak mampu ketika Allah meminta mereka menjadi khalifah atau pemimpin di dunia ini. Namun manusia dengan sombongnya sanggup memegang amanah tersebut sehingga ramai manusia masuk ke neraka kerana tidak dapat memegang amanahnya.
Pertanyaan Imam Al Ghazali yang kelima adalah : “ Apa yang paling ringan di dunia ini?” Ada yang menjawab “kapas, angina, debu dan daun-daun.” Semua itu benar, kata Imam Al Ghazali, tetapi yang paling ringan di dunia ini ialah MENINGGALKAN SOLAT. Disebabkan pekerjaan, kita meninggalkan solat. Disebabkan mesyuarat, kita meninggalkan solat.
Dan pertanyaan keenam adalah : “ Apakah yang paling tajam di dunia ini?” Murid-muridnya menjawab dengan serentak : “pedang.”
Benar, kata Imam Al Ghazali, tetapi yang paling tajam ialah ‘LIDAH MANUSIA’. Ini adalah kerana melalui lidah, manusia selalunya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.
No comments:
Post a Comment