Thursday, 9 June 2011

Balasan untuk manusia yang perangai macam Haji Bakhil!!

Seorang gadis datang menemui Rasulullah dengan tangan kanannya
 disorokkan ke dalam poket bajunya. Dari raut wajahnya, anak gadis ini
 sedang menanggung kesakitan yang amat sangat. Lalu Rasulullah
 menegurnya.

 "Wahai anakku, kenapa wajahmu menampakkan kamu sedang kesakitan dan
 apa yang kamu sorokkan di tanganmu?"

 Lalu gadis malang inipun menceritakan hal yang berlaku padanya :-
 "Ya,Rasulullah, sesungguhnya aku adalah anak yatim piatu. Malam tadi
 aku telah bermimpi dan mimpiku itu telah membuatkan aku menanggung
 kesakitan ini." Balas gadis tadi.

 "Jika tidak jadi keberatan, ceritakanlah mimpimu itu wahai anakku."

 Rasulullah mula tertarik dengan penjelasan gadis tersebut.

 "Aku bermimpi berjumpa ibuku di dalam neraka. Keadaannya amat
 menyedihkan. Ibuku meminta diberikan air kerana dia amat dahaga
 kerana kepanasan api neraka itu hingga peluh tidak sempat keluar kerana
 kekeringan sekelip mata." Gadis itu berhenti seketika menahan sebak.

 "Kemudian kulihat ditangan kirinya ada seketul keju dan ditangan
 kanannya ada sehelai tuala kecil.Beliau mengibas-ngibaskan kedua-dua
 benda tersebut untuk menghalang api dari membakar tubuhnya. Lantas
 aku bertanya ibuku, kenapa dia menerima balasan sebegitu rupa sedangkan
 ketika hidupnya ibuku adalah seorang hamba yang patuh dengan ajaran
 Islam dan isteri yang taat kepada suaminya?

 Lalu ibuku memberitahu bahawa ketika hidupnya dia amat bakhil. Hanya
 dua benda itu sahaja iaitu seketul keju dan sehelai tuala kecil pernah
 disedekahkan kepada fakir. Yang lainnya hanya untuk bermuka-muka dan
 menunjukkan kelebihan hartanya sahaja.

 Lalu aku terus mencari ayahku. Rupanya beliau berada di syurga dan
 sedang menjamu penghuni syurga dengan makanan yang lazat dan minuman
 dari telaga nabi. Ayahku memang amat terkenal kerana sikapnya yang
 dermawan dan kuat beramal. Lalu aku bertanya kepada ayahku.

 "Wahai ayah, ibu sedang kehausan dan menaggung azab di
 neraka.Tidakkah ayah ingin membantu ibu sedangkan di dunia kulihat ibu
 amat mentaatimu dan menurut perintah agama.

 Lalu dijawab oleh ayahnya. Sesungguhnya beliau dan semua penghuni
 syurga telah dilarang oleh Allah dari memberi walau setitik air kepada
 isterinya kerana itu adalah pembalasan untuk kebakhilan yang
 dilakukan ketika didunia. Oleh kerana kasihan melihat azab yang diterima
 oleh ibuku, aku lantas menceduk sedikit air mengguna tapak tangan kananku
 lalu dibawa ke neraka. Belum sempat air tersebut mencecah bibir ibuku, api
 neraka telah menyambar tanganku sehingga melecur.

  Seketika itu juga aku tersedar dan mendapati tapak tanganku melecur
 teruk. Itulah sebabnya aku datang berjumpa engkau ya Rasulullah."
 Panjang lebar gadis itu bercerita sambil airmatanya tidak
 henti-henti mengalir dipipi.

 Rasulullah kemudian meletakkan tongkatnya ke tapak tangan gadis
 tersebut lalu menadah tangan, berdoa memohon petunjuk dari Allah.
 jika sekiranya mimpi gadis tersebut adalah benar maka disembuhkanlah agar
 menjadi iktibar kepada beliau dan semua umat islam. Lalu berkat
kebesaranNya tangan gadis tersebut sembuh.

 Rasulullah lantas berkata, "Wahai anakku, pulanglah. Banyakkan
bersedekah dan berzikir dan pahalanya kau berikan kepada
 ibumu.Mudah-mudahan segala dosanya terampun. INSYALLAH"

___________________________________________________________

tekan like dan komen ye..syukran kerana sudi membace :-)

No comments:

Post a Comment