Monday, 6 June 2011

Balasan untuk manusia yang tinggalkan solat!!!

Diriwayatkan bahawa pada suatu hari Rasulullah S.A.W sedang duduk
bersama
para sahabat, kemudian datang pemuda Arab masuk ke dalam masjid dengan
menangis. Apabila Rasulullah S..A.W melihat pemuda itu menangis maka
baginda pun berkata, "Wahai orang muda kenapa kamu menangis?"

Maka berkata orang muda itu, "Ya Rasulullah S.A.W, ayah saya telah
meninggal dunia dan tidak ada kain kafan dan tidak ada orang yang
hendak memandikannya."!

Lalu Rasulullah S.A.W memerintahkan Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. ikut
orang muda itu untuk melihat masalahnya.

Setelah mengikut orang itu, maka Abu Bakar r.a dan Umar r.a. mendapati
ayah orang mudah itu telah bertukar rupa menjadi babi hitam, maka mereka
pun kembali dan memberitahu kepada Rasulullah S.A.W, "Ya Rasulullah S.A.W,
kami lihat mayat ayah orang ini bertukar menjadi babi hutan yang hitam."

Kemudian Rasulullah S.A.W dan para sahabat pun pergi ke rumah orang
muda itu dan baginda pun berdoa kepada Allah S.W.T, kemudian mayat itu pun
bertukar kepada bentuk manusia semula.

Lalu Rasulullah S.A.W dan para sahabat menyembahyangkan mayat tersebut.

Apabila mayat itu hendak dikebumikan, maka sekali lagi mayat itu
berubah menjadi seperti babi hutan yang hitam, maka Rasulullah! S.A.W pun
bertanya kepada pemuda itu,

"Wahai orang muda, apakah yang telah dilakukan oleh ayahmu sewaktu dia
di dunia dulu?"

Berkata orang muda itu, "Sebenarnya ayahku ini tidak mahu mengerjakan
solat."

Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda, "Wahai para sahabatku, lihatlah
keadaan orang yang meninggalkan sembahyangDi hari kiamat nanti akan dibangkitkan oleh Allah S.W.T seperti babi hutan yang hitam.

.

No comments:

Post a Comment