Saturday, 11 June 2011

Balik sekolah woi!!!

Balik sekolah?? Mesti ramai yang wat muke sedih bile sebut perkataan ni..Lagi-lagi yang duduk asrama.. Terutamanye budak fom1 ataupun budak pompuan..mesti nangis nye la..hahaha
Dah 2 minggu duk rumah..Akhirnye kene pulang asrama gak  Btol tak??haha..Bese la tu..
Adat penuntut ilmu..Perlu menghadapi pelbagai rintangan..


Kalau kite nak sesuatu kite mestilah korbankan sesuatu..Contohnye kite nak makan aiskrim..kite kene la korbankan duit kite..Same la konsepnye dalam situasi ni.. kite nak berjaya, jadi kite kenelah berkorban untuk merelakan hati kita ke sekolah..


Hidup yang indah adalah hidup yang banyak rintangan dan cubaan..Barulah kite seronok nak hidup.. Anggaplah nak balik asrama ni sebagai satu cabaran..Jadikan cabaran dan rintangan sebagai batu loncatan untuk kite berjaya..Anggap rintangan sebagai pagar yang perlu dirintangi..Bukannye tembok besar yang langsung tidak boleh dilepasi..Barulah kite boleh jadi orang yang berjaye..


Ok la..aku pun nak balik asrama nih..Korang jangan segan2 datang blog aku nih..Banyak artikel yang boleh korang bace..Aku pun tak tau bile boleh bukak blog ni lagi..Doakan aku berjaye ye..
TERIMA KASIH..KORANG SUME MEMANG BESH!!
ASSALAMUALAIKUM...

Kelebihan Anak Sulung!!

Korang nak tau sesuatu tak??Kali ini aku nak cite pasal kelebihan menjadi seorang anak sulung.. Best tau jadi anak sulung ni..Macam2 kelebihan korang boleh dapat..Aku tau la sebab aq pun anak sulung..Jadi..artikel kali ini adalah berdasarkan ape yg aq rase sebagai anak sulung..Sorila kalau aq terpoyo sikit..hehe

Kelebihan pertama anak sulung ni akan menjadi idola buat adik-adiknye..Kalau abang berjaya..mesti adik2 dia nak ikot..btol x??Mesti adik2 tercabar kan dengan kejayaan abang dia..Jadi diorang akan usaha sungguh2 untuk jadi macam abang diorang..

Kedua lak, anak sulung ni selalunya lebih berkarisma dan bertanggungjawab..Ni memang fitrah la..Macam aku..hehe..Cube korang tengok anak sulung..Memang kenyataan la..Selalunya anak sulung ni memang ada sifat bertangunggjawab..Tak percaye??Lantak korang la..

Yang ketiga..Jadik anak sulung ni macam jadi senior kat asrama..Kalau haus senang je.. "dik..amik air abang haus ni"..haha..tu yang bestnye..macam jadik raja kat umah..Nak ape..sume mintak adik buatkan..

Kesimpulannye..anak sulong ni memang banyak kelebihan la..Tapi, anak sulung ni banyak tangunggjawabnye..Jage adik, tolong mak bapak & macam2 lagi la..Macam aku..haha..Berat sebenarnya tangunggjawab sebagai anak sulung ni..nak jd role model utk adik2 lagi..jadi pengganti mak bapak kalau mak bapak ta ade kat rumah..macam2 lagi la..insan2 terpilih je larat menggalas tugas sebagai anak sulung ni..macam aku ...

_______________________________________________________________

syukran kerana membace..tekan like dan komen ok..sori kalau aku poyo sikit..haha
jangan marah..nanti kene jual..

Thursday, 9 June 2011

Balasan untuk manusia yang perangai macam Haji Bakhil!!

Seorang gadis datang menemui Rasulullah dengan tangan kanannya
 disorokkan ke dalam poket bajunya. Dari raut wajahnya, anak gadis ini
 sedang menanggung kesakitan yang amat sangat. Lalu Rasulullah
 menegurnya.

 "Wahai anakku, kenapa wajahmu menampakkan kamu sedang kesakitan dan
 apa yang kamu sorokkan di tanganmu?"

 Lalu gadis malang inipun menceritakan hal yang berlaku padanya :-
 "Ya,Rasulullah, sesungguhnya aku adalah anak yatim piatu. Malam tadi
 aku telah bermimpi dan mimpiku itu telah membuatkan aku menanggung
 kesakitan ini." Balas gadis tadi.

 "Jika tidak jadi keberatan, ceritakanlah mimpimu itu wahai anakku."

 Rasulullah mula tertarik dengan penjelasan gadis tersebut.

 "Aku bermimpi berjumpa ibuku di dalam neraka. Keadaannya amat
 menyedihkan. Ibuku meminta diberikan air kerana dia amat dahaga
 kerana kepanasan api neraka itu hingga peluh tidak sempat keluar kerana
 kekeringan sekelip mata." Gadis itu berhenti seketika menahan sebak.

 "Kemudian kulihat ditangan kirinya ada seketul keju dan ditangan
 kanannya ada sehelai tuala kecil.Beliau mengibas-ngibaskan kedua-dua
 benda tersebut untuk menghalang api dari membakar tubuhnya. Lantas
 aku bertanya ibuku, kenapa dia menerima balasan sebegitu rupa sedangkan
 ketika hidupnya ibuku adalah seorang hamba yang patuh dengan ajaran
 Islam dan isteri yang taat kepada suaminya?

 Lalu ibuku memberitahu bahawa ketika hidupnya dia amat bakhil. Hanya
 dua benda itu sahaja iaitu seketul keju dan sehelai tuala kecil pernah
 disedekahkan kepada fakir. Yang lainnya hanya untuk bermuka-muka dan
 menunjukkan kelebihan hartanya sahaja.

 Lalu aku terus mencari ayahku. Rupanya beliau berada di syurga dan
 sedang menjamu penghuni syurga dengan makanan yang lazat dan minuman
 dari telaga nabi. Ayahku memang amat terkenal kerana sikapnya yang
 dermawan dan kuat beramal. Lalu aku bertanya kepada ayahku.

 "Wahai ayah, ibu sedang kehausan dan menaggung azab di
 neraka.Tidakkah ayah ingin membantu ibu sedangkan di dunia kulihat ibu
 amat mentaatimu dan menurut perintah agama.

 Lalu dijawab oleh ayahnya. Sesungguhnya beliau dan semua penghuni
 syurga telah dilarang oleh Allah dari memberi walau setitik air kepada
 isterinya kerana itu adalah pembalasan untuk kebakhilan yang
 dilakukan ketika didunia. Oleh kerana kasihan melihat azab yang diterima
 oleh ibuku, aku lantas menceduk sedikit air mengguna tapak tangan kananku
 lalu dibawa ke neraka. Belum sempat air tersebut mencecah bibir ibuku, api
 neraka telah menyambar tanganku sehingga melecur.

  Seketika itu juga aku tersedar dan mendapati tapak tanganku melecur
 teruk. Itulah sebabnya aku datang berjumpa engkau ya Rasulullah."
 Panjang lebar gadis itu bercerita sambil airmatanya tidak
 henti-henti mengalir dipipi.

 Rasulullah kemudian meletakkan tongkatnya ke tapak tangan gadis
 tersebut lalu menadah tangan, berdoa memohon petunjuk dari Allah.
 jika sekiranya mimpi gadis tersebut adalah benar maka disembuhkanlah agar
 menjadi iktibar kepada beliau dan semua umat islam. Lalu berkat
kebesaranNya tangan gadis tersebut sembuh.

 Rasulullah lantas berkata, "Wahai anakku, pulanglah. Banyakkan
bersedekah dan berzikir dan pahalanya kau berikan kepada
 ibumu.Mudah-mudahan segala dosanya terampun. INSYALLAH"

___________________________________________________________

tekan like dan komen ye..syukran kerana sudi membace :-)

Wednesday, 8 June 2011

Buat renungan para muslimah

Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri
baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua di bawah
sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah
lalu mengadu kesakitan. Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah
gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit
marah. Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya
itu bahawasanya pohon semalu  itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah  menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil
pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek:-
Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh
diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada
tempatnya).

Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya.
Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai
seorang wanita muslim.

Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan
mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai
keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.

Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja
menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu
apabila waktu semakin senja.


Wallahua'lam...


 

Tuesday, 7 June 2011

Manusia paling kejam??

Manusia adalah makhluk yang paling bijak dan manusia jugalah makhluk yang paling kejam.

Adakah anda setuju dengan kenyataan ini?? Inilah hakikat zaman sekarang..Manusia memang makhluk paling kejam dan bijak. Sebabnye, cume manusia yang ada akal..
Cuba anda perhatikan perbezaan antara manusia dan haiwan..



Manusia
Aspek
Haiwan
Ada
Roh
Ada
Ada
Jasad
Ada
Ada
Otak
Ada
Ada
Akal
Tiada


Tengok!!Akal je yang membezakan antara manusia dan haiwan.

Zaman sekarang nih..manusia makin ramai yang buang dan bunuh anak..Hampir setiap hari ada kes buang anak..Manusia jenis ape ni!!Haiwan pun pandai jaga anak..Tu lah salah satu bukti yang manusia adalah makhluk paling kejam..
Singa yang ganas dan kejam tu pun pandai jaga anak..btol X??Tu haiwan yang tak ade akal..Manusia yang ada akal pulak tak reti jaga anak..Ish3..

Teringat lak cerite naruto yang aq pernah tengok..Ada sorang watak jahat tu cakap camni..
"Manusia adalah makhluk yang lemah..tetapi dunia ini dikuasai manusia kerana manusia adalah makhluk yang kejam"

Jadi..ape tindakan anda selepas ini??
Adakah hanya berdian diri??
Atau akan ambil tindakan??

Lu pikirlah sendiri!!!

Monday, 6 June 2011

Balasan untuk manusia yang tinggalkan solat!!!

Diriwayatkan bahawa pada suatu hari Rasulullah S.A.W sedang duduk
bersama
para sahabat, kemudian datang pemuda Arab masuk ke dalam masjid dengan
menangis. Apabila Rasulullah S..A.W melihat pemuda itu menangis maka
baginda pun berkata, "Wahai orang muda kenapa kamu menangis?"

Maka berkata orang muda itu, "Ya Rasulullah S.A.W, ayah saya telah
meninggal dunia dan tidak ada kain kafan dan tidak ada orang yang
hendak memandikannya."!

Lalu Rasulullah S.A.W memerintahkan Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. ikut
orang muda itu untuk melihat masalahnya.

Setelah mengikut orang itu, maka Abu Bakar r.a dan Umar r.a. mendapati
ayah orang mudah itu telah bertukar rupa menjadi babi hitam, maka mereka
pun kembali dan memberitahu kepada Rasulullah S.A.W, "Ya Rasulullah S.A.W,
kami lihat mayat ayah orang ini bertukar menjadi babi hutan yang hitam."

Kemudian Rasulullah S.A.W dan para sahabat pun pergi ke rumah orang
muda itu dan baginda pun berdoa kepada Allah S.W.T, kemudian mayat itu pun
bertukar kepada bentuk manusia semula.

Lalu Rasulullah S.A.W dan para sahabat menyembahyangkan mayat tersebut.

Apabila mayat itu hendak dikebumikan, maka sekali lagi mayat itu
berubah menjadi seperti babi hutan yang hitam, maka Rasulullah! S.A.W pun
bertanya kepada pemuda itu,

"Wahai orang muda, apakah yang telah dilakukan oleh ayahmu sewaktu dia
di dunia dulu?"

Berkata orang muda itu, "Sebenarnya ayahku ini tidak mahu mengerjakan
solat."

Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda, "Wahai para sahabatku, lihatlah
keadaan orang yang meninggalkan sembahyangDi hari kiamat nanti akan dibangkitkan oleh Allah S.W.T seperti babi hutan yang hitam.

.

Saturday, 4 June 2011

Kasih seekor lizard

Ketika sedang mengubahsuai rumah, seorang pemuda cuba meruntuhkan suatu tembok. Rumah di Jepun biasanya memiliki ruang kosong di antara tembok yang diperbuat dari kayu. Ketika tembok itu mulai roboh, dia menemui seekor cicak yang terperangkap di antara ruang kosong itu kerana kakinya melekat pada sebatang paku.

Dia berasa kasihan sekaligus hairan. Lalu dia memerhati paku itu, ternyata paku tersebut telah ada disitu 10 tahun lalu ketika rumah itu pertama kali dibina.

Apa yang terjadi? Bagaimana cicak itu dapat bertahan dengan keadaan terperangkap selama 10 tahun??? Dalam keadaan gelap selama 10 tahun, tanpa bergerak sedikit pun, itu adalah sesuatu yang mustahil dan tidak masuk akal.

Pemuda itu lalu berfikir, bagaimana cicak itu dapat bertahan hidup selama 10 tahun tanpa berpindah dari tempatnya sejak kakinya melekat pada paku itu!

Pemuda itu lalu menghentikan pekerjaannya dan memperhatikan cicak itu, apa yang dilakukan dan apa yang dimakannya hingga dapat bertahan. kemudian, tidak tahu dari mana datangnya, seekor cicak lain muncul dengan makanan di mulutnya.... AHHHH!

Pemuda itu berasa terharu melihat hal itu. Ternyata ada seekor cicak lain yang selalu memperhatikan cicak yang terperangkap itu selama 10 tahun.

Sungguh ini sebuah cinta...cinta yang indah. Cinta dapat terjadi bahkan pada haiwan yang kecil seperti dua ekor cicak itu. Apa yang dapat dilakukan oleh cinta? tentu saja sebuah keajaiban.

Bayangkan, cicak itu tidak pernah menyerah dan tidak pernah berhenti memperhatikan pasangannya selama 10 tahun. Bayangkan bagaimana haiwan yang kecil itu dapat memiliki kurnia yang begitu mengagumkan.

kesimpulannya:jangan pernah mengabaikan orang2 yang kita kasihi

Wednesday, 1 June 2011

Cuti sekolah!!

Cuti sekolah!! Itulah yg dinantikan oleh insan2 yg bergelar pelajar sekolah.. Btol x?? Cuti sekolah ni macam2 bende boleh buat. Antaranya ialah :-
  • tidur..kat sekolah selalu ngantok..kat umah tido la...
  • makan..kat sekolah makanan x sesedap masakan ibu..bantai je la..
  • online..kat sekolah mne dpt online fb selalu..skarang la boleh layan fb sepuas hati..
  • jalan2..kat sekola jalan2 dlm sekolah je..kl fly kene gatung..cuti ni la boleh jalan2
  • tgok tv..kat ostel mne bole tgok tv..yg dpt tgok untung la..
  • main game..korg dpt ke men game kat sekolah..x bolehkan??kat umah la boleh...
  • blogging..klu yg duk ostel..sbulan la x update blog..bersaswang blog tu..ish3
Itulah atr aktiviti yg kite bole buat time cuti ni..tp ingat!! yg cuti cume skola ye ..tanggungjawab tak pernah bercuti.. sedarlah!!kita masih ade tanggungjawab sebagai pelajar, anak, dan lain2.. Jangan lupe study.. Pelajaran jangan sesekali dilupakan.. Tidak salah menenangkan fikiran.. Tapi jgn lupe tanggungjawab anda semua!! SELAMAT BERCUTI!!!