Alhamdulillah.. Kita sudah pun memasuki fasa kedua dalam bulan Ramadhan iaitu fasa maghfirah ataupun keampunan. Insyaallah, Allah akan mengampunkan dosa kita jika kita berpuasa dan melakukan semua suruhannya serta meninggalkan larangannya di bulan Ramadhan ini dengan hati yang ikhlas dan yakin kepada Allah S.W.T. tanpa mengharapkan apa-apa dari manusia lain. Semoga dalam bulan yang mulia ini. Allah akan melimpahkan rahmat dan maghfirahnya kepada kita. INSYAALLAH
Rugi lah bagi sesiapa yang baginya bulan ramadhan ni sama dengan bulan-bulan yang lain. Dalam bulan Ramadhan ini, ada banyak keistimewaan dan bonus yang diberi Allah kepada hamba-hambanya. Contohnya pahala yang berlipat ganda dalam setiap amalan kita, malam yang lebih baik dari seribu bulan iaitu malam Lailatul Qadar, tarawih, syaitan dibelenggu, pintu neraka ditutup, dan banyak lagi lah yang tak dapat dikira dengan perkiraan manusia. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui. Rugi betol la sape yang tak memanfaatkan bonus dan kelebihan ini sebaiknya.
Jadi, apa tunggu lagi. Marilah kita sama-sama memperhebatkan lagi pesta ibadah kita. Asyik buat pesta tari-menari je. Jom la kita buat pesta ibadah lak. Bagi yang jarang bersolat cubalah untuk tidak tinggalkan solat di bulan Ramadhan ni. Tapi!!Jangan time bulan Ramadhan je solat, tapi jadikan bulan Ramadhan ini sebagai batu loncatan untuk kita memperbaiki diri dan menambahkan ibadat kepada Allah S.W.T.
Semoga semua amalan kita diterima Allah. Tapi ingat!!Syarat utamanya adalah ikhlas dan buat dengan bersungguh-sungguh. Kalau buat sambil lewa je. Pahala pun sambil lewa je la kita dapat. Rugi tu..Sama gak macam kita belajar. Jika belajar sambil lewa, markah perikse pun sambil lewa je la..
OK..Selamat Menjalani Pesta Ibadah Semua
Friday, 12 August 2011
Sunday, 31 July 2011
Selamat Berpuasa Semua
Alhamdulillah. Kita sudah memasuki bulan Ramadhan yang mulia.Imam Ghazali pernah berkata
"Ilmu tanpa amal gila, amal tanpa ilmu batal(x sah). Jadi, kita perlu la tau sedikit sebanyak tentang puasa di Bulan Ramadhan ni. Jom kita survey!!
Menahan diri dari makan dan minum atau apa-apa jua yang boleh membatalkan puasa, sepanjang hari mulai dari terbit fajar hingga terbenam matahari dalam sebulan bulan Ramadhan.
Perintah wajib puasa turun pada bulan Sya’ban Tahun 2 Hijrah.
Perintah wajib puasa : Surah Al-Baqarah Ayat 183:
Bermaksud: Hai orang-orang yang beriman diwajibkan atasmu berpuasa, sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu, supaya kamu menjadi orang yang bertaqwa
- Islam
- Mukalaf
- Berkuasa/Mampu untuk berpuasa, tidak uzur
- Telah melihat anak bulan Ramadhan atau mensabitkan bulan Ramadhan dengan menggenapkan bulan Sya’ban 30 hari.
- Beragama Islam sahaja, lelaki, perempuan dan kanak-kanak yang telah mumaiyyiz.
- Suci dari haid dan nifas.
- Sempurna akal fikirannya sepanjang hari itu.
- Bukan pada hari yang tidak sah puasa eg. Hari Raya Puasa, Hari Raya Haji dan Hari Syak (30hb Sya’ban).
- Niat, di waktu malam mulai selepas Maghrib sampai sebelum terbit fajar.
- Meninggalkan semua perkara-perkara yang membatalkan puasa sejak terbitnya fajar sampai terbenamnya matahari
Sekiranya:
- Memasukkan benda/sesuatu ke dalam jauh rongga seperti mulut, hidung, telinga, atau lubang-lubang kemaluan dengan sengaja.
- Muntah dengan sengaja.
- Mengeluarkan mani dengan sengaja.
- Haid atau nifas.
- Bersetubuh di siang hari (selain membatalkan puasa ia juga ada hukum tersendiri iaitu diwajibkan membayar kifarah).
- Murtad (keluar dari Islam).
- Gila(hilang akal)
Subscribe to:
Posts (Atom)

