Friday, 29 July 2011

BALASAN KEPADA MANUSIA YANG INGKAR KEPADA TUHANNYA

Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan
sewaktu mereka menyembahyanginya tiba-tiba kain kafan itu bergerak.

Apabila mereka membuka kain kafan itu mereka melihat ada seekor ular
sedang membelit leher mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap darah mayat.

Lalu mereka cuba membunuh ular itu.

Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka berkata ular
tersebut, "Laa ilaaha illallahu Muhammadu Rasulullah" mengapakah kamu semua hendak membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah.

Allah S.W.T yang memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga
sampai hari kiamat."

Lalu para sahabat bertanya, "Apakah kesalahan yang telah dilakukan
oleh mayat ini?"

Berkata ular, "Dia telah melakukan tiga kesalahan, di antaranya :

1.  Apabila dia mendengar azan, dia tidak mau datang untuk sembahyang berjamaah.

2. Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya.

3. Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama.



INILAH BALASANNYA UNTUK ORANG YANG TIDAK MENUNAIKAN SURUHAN ALLAH DAN RASULNYA.ITU BARU AZAB DI DUNIA, BAGAIMANA PULA DI AKHIRAT KELAK??
"SEMOGA KITA SENTIASA MENDAPAT RAHMAT DARI ALLAH S.W.T


Friday, 15 July 2011

Puisi Pertamaku...

Telah termaktub namaku
Suffian Haqiem pilihan ayahanda & bonda
menjadi identiti bagi diriku

Ku jalani hidup ini
16 tahun telah ku tempuhi
hadapi hidup yang penuh pancaroba

Kanvas kehidupanku ini
pelukisnya bukan kuseorang
ibubapa & guru turut menyumbang
sahabat handai memberi warna

Indahnya hidup ini
seakan tidak mahu kulepaskan
namun tiada yang kekal di dunia ini
hanya ALLAH yang kekal selamanya

Indahnya hidup ini
akan kuisi hayatku
berbakti pada nusa dan bangsa


p/s  Puisi ini mendapat penghargaan dari Ustaz Fadzli bin Ahmad Bakar.Vokalis dan komposer Kumpulan  
      Far East..:-)