Wednesday, 1 June 2011

Cuti sekolah!!

Cuti sekolah!! Itulah yg dinantikan oleh insan2 yg bergelar pelajar sekolah.. Btol x?? Cuti sekolah ni macam2 bende boleh buat. Antaranya ialah :-
  • tidur..kat sekolah selalu ngantok..kat umah tido la...
  • makan..kat sekolah makanan x sesedap masakan ibu..bantai je la..
  • online..kat sekolah mne dpt online fb selalu..skarang la boleh layan fb sepuas hati..
  • jalan2..kat sekola jalan2 dlm sekolah je..kl fly kene gatung..cuti ni la boleh jalan2
  • tgok tv..kat ostel mne bole tgok tv..yg dpt tgok untung la..
  • main game..korg dpt ke men game kat sekolah..x bolehkan??kat umah la boleh...
  • blogging..klu yg duk ostel..sbulan la x update blog..bersaswang blog tu..ish3
Itulah atr aktiviti yg kite bole buat time cuti ni..tp ingat!! yg cuti cume skola ye ..tanggungjawab tak pernah bercuti.. sedarlah!!kita masih ade tanggungjawab sebagai pelajar, anak, dan lain2.. Jangan lupe study.. Pelajaran jangan sesekali dilupakan.. Tidak salah menenangkan fikiran.. Tapi jgn lupe tanggungjawab anda semua!! SELAMAT BERCUTI!!!

Saturday, 28 May 2011

Wujud tapi macam tak wujud??

Adakah anda merasa diri anda seorang yang berguna?? Adakah anda seorang yang dirasai kewujudannya dalam masyarakat?? Cuba anda renungkan babak ini.....Let's read!!

BABAK PERTAMA
          Adlin baru pulang dari sekolah. Matahari memancar dgn begitu terik. Perjalanan pulang ke rumah seperti melalui padang pasir. Bajunya sudah basah dgn peluh yg berbau masam. Sampainya di rumah, Adlin merebahkan badan ke atas katil lantas membuka kipas. Namun, kipas itu tidak berputar seperti biasa. Rupa-rupanya elektrik tiada, Adlin sungguh kecewa. 

BABAK KEDUA

          Khalid baru habis main bola dari padang. Dia ingin segera pulang ke asrama untuk minum air di mesin watercooler di dewan selera. Sesampainya di sana, dia terus menadah mulut untuk minum air. Tapi, air di mesin itu tidak keluar kerana sudah rosak. Khalid sungguh kecewa.


**********
Cuba anda lihat kedua-dua babak ini. Kipas itu wujud, tapi tak berguna sebab takberpusing. Mesin watercooler itu wujud tapi tak berguna sebab rosak. Adakah anda hendak menjadi sebegitu di dalam masyarakat?? Wujud tapi tak berguna. Adakah anda ingin mengecewakan orang di sekitar anda?? Kalau rosak anda masih boleh membaiki diri selagi nafas belum berhenti. Sentiasalah membaiki diri ke arah kebaikan!! Peluang untuk membuat kebaikan sentiasa ada buat anda semua!! Smile always!! :-)