BABAK PERTAMA
Adlin baru pulang dari sekolah. Matahari memancar dgn begitu terik. Perjalanan pulang ke rumah seperti melalui padang pasir. Bajunya sudah basah dgn peluh yg berbau masam. Sampainya di rumah, Adlin merebahkan badan ke atas katil lantas membuka kipas. Namun, kipas itu tidak berputar seperti biasa. Rupa-rupanya elektrik tiada, Adlin sungguh kecewa.
BABAK KEDUA
Khalid baru habis main bola dari padang. Dia ingin segera pulang ke asrama untuk minum air di mesin watercooler di dewan selera. Sesampainya di sana, dia terus menadah mulut untuk minum air. Tapi, air di mesin itu tidak keluar kerana sudah rosak. Khalid sungguh kecewa.
**********
Cuba anda lihat kedua-dua babak ini. Kipas itu wujud, tapi tak berguna sebab takberpusing. Mesin watercooler itu wujud tapi tak berguna sebab rosak. Adakah anda hendak menjadi sebegitu di dalam masyarakat?? Wujud tapi tak berguna. Adakah anda ingin mengecewakan orang di sekitar anda?? Kalau rosak anda masih boleh membaiki diri selagi nafas belum berhenti. Sentiasalah membaiki diri ke arah kebaikan!! Peluang untuk membuat kebaikan sentiasa ada buat anda semua!! Smile always!! :-)
No comments:
Post a Comment