Monday, 23 January 2012

Belajar dari semut



Pada suatu hari, ayahku mengajak ke kebunnya yang terletak di kampung. Aku terus bersetuju kerana kebosanan di rumah dan aku pun dah lama tidak menjenguk kebun tersebut.
Setibanya di sana, aku amat terkejut apabila melihat kawasan kebun itu amat semak,kotor dan hampir kelihatan seperti hutan kecil. Inilah akibatnya bila kitorang dah lama tak menjenguk kebun itu. Aku terfikir, mungkin beginilah juga kotornya hati kita jika kita tidak menjaga dan membersihkannya. Mungkin lebih teruk jika sudah lama tidak disinari perkara yang baik.


Tanpa membuang masa, aku terus menebas semak samun dan tumbuhan-tumbuhan yang tidak mendatangkan hasil di kebun tersebut. Sedang asyik menebas, tiba-tiba aku melihat segerombolan tentera semut berjalan di sekitar anggota badanku dan mereka tanpa rasa bersalah terus menyerang dan menggigitku. Lalu adrenalinku memuncak lantas aku bergegas melarikan diri dari kawasan tersebut. 



Rupa-rupanya tanpa sengaja aku telah terpijak sarang mereka. Lalu aku duduk di atas tanah untuk menghilangkan penat. Tiba-tiba, hati aku terdetik,


"Semut ni kecil je..Camne la diorang boleh buat aku lari ni. Kalau semua semut dalam busut tu boleh bergabung macam robot power rangers pun, diorang pun masih kecil jika nak dibandingkan dengan aku yang besar ni. Tapi kecil pun bole buat akutakut kan..Ish3.."


Monolog aku dalam hati. Selepas itu, aku duduk sambil memerhatikan semut-semut tersebut. Aku melihat semut-semut itu berterabur keran sarangnya telah dihancurkan. Kulihat, ada semut yang membawa makanan, ada yang mengerumuni sarang mereka dan ada yang cuba menghampiriku untuk menggigitku.


Tiba-tiba ku tersedar, patutlah semut-semut yang kecil ini berjaya halau aku tadi, mereka semua tahu apa tugas diorang dan melakukan peranan diorang dengan baik. Diorang semua tahu apa patut dibuat. 


Lalu aku terpikir, bukankah bagus jika kita semua seperti semut ini. Bukankah bagus jika kita saling sedar dan mengetahui apa tugas dan peranan kita sebagai seorang muslim, seorang mu'min dan seorang khalifah di muka bumi ini. Tentulah kita umat Islam akan dihormati dan digeruni semua pihak. Pastilah tiada lagi musuh-musuh Islam yang berani memperkotak-katikkan kita. Tidak perlu lagilah kita bergantung harap kepada orang-orang kafir.


APA YANG PERLU KITA BUAT?


Kita sebagai khalifatullah sepatutnya sedar akan peranan kita. Kita sepatutnya saling bantu-membantu dan saling menguatkankan sesama sendiri. Pepatah melayu ada menyebut 
"Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh"
Kita semua wajib bersatu dalam menegakkan syiar Allah di muka bumi ini. Jika bukan kita siapa lagi? Jika bukan sekarang bila lagi?


INTIHANYA..

Sedarlah kita semua dari lena yang panjang. Janganlah terus terlena dan leka dihanyutkan mimpi-mimpi yang bersifat keduniaan. Kita semua adalah hambanya dan kita dilahirkan dengan misi dan visi yang sama iaitu menegakkan syiar Islam di dunia ini. Jadi, jika bersatu, dengan mudah segala urusan dan misi kita yang dianggap sukar akan berjalan lancar.

“…Dan tolong menolonglah kalian dalam kebaikan dan takwa dan janganlah kalian tolong menolong dalam perbuatan dosa dan permusuhan. Bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksaan-Nya“. Al-Ma’idah:2


Antara semut dan kita, siapa lebih bijak. Jadi, sepatutnya siapa lebih bagus.
Kita boleh mencontohi semut tetapi adakah semut boleh mencontohi kita?
Belajarlah dari semut.
Wallahua'lam.


No comments:

Post a Comment