Saturday, 30 July 2011

Ahlan Wasahlan ya Ramadhan

Assalamualaikum sume!!!!Bertemu lagi kita dalam blog aku yang tak seberapa ni..


Seperti yang kita semua sedia maklum, Bulan Ramadhan Al-Mubarak akan menjengah tak lama lagi.
Pasti ramai yang tak sabar2 menanti bulan ni kan.Yela..ibarat seseorang yang ingin berjumpa kekasihnye..
Mesti tak sabar2 kan nak berjumpa.Camtulah juga orang2 yang mengharap keredaan dan rahmat dari kekasih yang MAHA-PENGASIH.Semoga kita di dalam kalangan golongan tersebut..
                      
Rasulullah S.A.W bersabada
   "Barangsiapa berpuasa pada bulan Ramadhan kerana keimanannya dan kerana mengharap redha Allah,maka dosa-dosa sebelumnya diampuni."                                        
 hadis riwayat Bukhari,Muslim dan Abu Dawud 

Jadi, rugi lah kalau kita tak memanfaatkan bulan yang mulia ni.

Rasulullah bersabda lagi
 "Andaikan tiap  hamba mengetahui apa yang ada dalam Ramadhan, maka ia bakal berharap satu  tahun itu puasa terus."                                  

Apa yang kita nak nafikan lagi. Jadi, sempena bulan Ramadhan yang mulia ni..Marilah kita sama-sama memperbaiki dan memperhebatkan lagi amalan-amalan di bulan Ramadhan ini.

SELAMAT BERPUASA SEMUA. PUASA PENUH TAU. JANGAN PONTENG!!

Friday, 29 July 2011

BALASAN KEPADA MANUSIA YANG INGKAR KEPADA TUHANNYA

Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan
sewaktu mereka menyembahyanginya tiba-tiba kain kafan itu bergerak.

Apabila mereka membuka kain kafan itu mereka melihat ada seekor ular
sedang membelit leher mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap darah mayat.

Lalu mereka cuba membunuh ular itu.

Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka berkata ular
tersebut, "Laa ilaaha illallahu Muhammadu Rasulullah" mengapakah kamu semua hendak membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah.

Allah S.W.T yang memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga
sampai hari kiamat."

Lalu para sahabat bertanya, "Apakah kesalahan yang telah dilakukan
oleh mayat ini?"

Berkata ular, "Dia telah melakukan tiga kesalahan, di antaranya :

1.  Apabila dia mendengar azan, dia tidak mau datang untuk sembahyang berjamaah.

2. Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya.

3. Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama.



INILAH BALASANNYA UNTUK ORANG YANG TIDAK MENUNAIKAN SURUHAN ALLAH DAN RASULNYA.ITU BARU AZAB DI DUNIA, BAGAIMANA PULA DI AKHIRAT KELAK??
"SEMOGA KITA SENTIASA MENDAPAT RAHMAT DARI ALLAH S.W.T